Isu MB Terengganu Hilang Darjah Selesai

Isu MB Terengganu Hilang Darjah Selesai | Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan segala kekalutan dan isu yang berlaku di negeri ini telah berakhir.

isu menteri besar terengganu, mb terengganu kekal, gambar ahmad razif baru

Justeru itu, beliau mengulangi kenyataanya semalam yang mengajak semua kepimpinan negeri ini terus  bergerak ke hadapan dan bekerja untuk kebajikan rakyat.

[ Artikel Berkaitan : Punca Ahmad Razif Buat Sultan Mizan Murka ]

“Yang mustahak kita perlu kerja secara bersama dan terus memastikan perkhidmatan dan apa kerja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas susulan pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Besar Terengganu ketika lawatan kerja beliau di Pulau Perhentian petang tadi.
Isu MB Terengganu Hilang Darjah Selesai Isu MB Terengganu Hilang Darjah Selesai Reviewed by OH Buletin on 10:13 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.