Janda Dicekup, Bawa Anak Kecil Masa Melacur

Janda Dicekup, Bawa Anak Kecil Masa Melacur | Tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyamar sebagai pelanggan telah membongkar kegiatan tidak bermoral seorang janda yang membawa anak kecil ketika melakukan kegiatan pelacuran di Jalan Hamzah di sini semalam.

gambar janda, janda melacur, janda bawak anak kecil, melacur bawak anak

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, wanita berumur 23 tahun itu membawa anak lelakinya berusia lingkungan setahun lebih bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil penyamaran anggota kita telah berjaya mencekup janda terbabit yang mendakwa menjadikan aktiviti tidak sihat itu sebagai sumber pendapatan untuk menyara anaknya.

“Sebelum wanita itu dicekup, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai bapa ayam cuba menawarkan khidmat wanita terbabit pada harga RM120.

“Selepas bayaran dipersetujui kedua-dua pihak, wanita berkenaan kemudian dibawa ke hotel bajet berhampiran sebelum ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di pejabat MPKB-BRI di sini semalam. - KOSMO ONLINE
Janda Dicekup, Bawa Anak Kecil Masa Melacur Janda Dicekup, Bawa Anak Kecil Masa Melacur Reviewed by OH Buletin on 9:33 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.