'Jangan Jadi Bangang Boleh Tak, Ada Otak Tu Guna!'

'Jangan Jadi Bangang Boleh Tak, Ada Otak Tu Guna!' | Aku adalah anak ketiga dari 4 beradik & aku satu2 nya anak tunggal perempuan dlm family.

Dari kecik semua kesilapan yang aku buat, mesti aku akan kena. Kesilapan aku tu biasa la, bergaduh dgn abg & adik, buat bising, tak dengar cakap. So habuan yg aku akan dapat tu pukul dengan hanger, tali pinggang, sepak terajang dan lain-lain

wanita sholeh, gambar wanita berhijab, wanita

Banyak salah yg adik buat, mesti aku yang kena. pernah ayah & mak balik dari pasaraya, tapi tak leh masuk rumah sebab adik kunci sebelum dy masuk tidur. Before dorg keluar, aku dah tidur awal sebab esoknya sekolah. Balik dari tu, dorg terpaksa ketuk pintu hampir sejam baru adik sedar dari tidur then, adik terus salahkan aku. ayah terus capai kayu mop dipukul nya aku hingga kayu dah patah dua. then mak sambung dengan lepas ayah berhenti pukul dengan 3 hanger smpai patah. Allah...

Pernah aku pergi skolah, mengadu sakit belakang dkt kawan, then kwn ajk g toilet tgk knpe aku dok tahan sakit. When aku selak baju bhgian blkg tu, kwn aku menangis2 tgk kesan birat dkt blkg bdn sebab diorang kene bebel pun dah panas telinga dgr, apatah aku yg sering kene pukul.

Mak ayah aku ni jenis garang yang teramat amat garang. bila buat salah, mesti kena. kalau ayah dah pkul, habis ayah, mak sambung. sampai la puas kot.

Bila dah masuk peringkat sekolah menengah, aku dah lali dengan makian dari ayah & mak aku, kesan libasan rotan yang hinggap dekat badan aku ni. aku ni nakal takde la smpai keluar malam ke, isap rokok ke, isap dadah ke.

Cuma nya aku malas buat kerja skolah. Sebab aku ni kurang minat pada pelajaran. aku lebih kepada kawad zaman skolah smpai ke peringkat skolah, negeri. mungkin betul la mak ayah aku patut marah tapi tak perlu la smpai pukul.

Sampaikan pernah 1 ketika kerna aku pulang dari pasar malam pada pukul 7.10 malam, aku pernah dipijak di kepala, dilibas dimuka & aku dah tak mampu nak keluarkan air mata.

Aku kena balik ke rumah sebelum pkul 7 malam. aku tidak di benarkan keluar malam. Terkadang aku teringin nak menghadiri birthday party dkt rumah kawan tapi jawapan nya "no" smpai sekarang.

Kadang2 aku sedih, sebak bila tengok org awam jalan dkt shoping complex smbil gelak2 dgn parents. anak peluk mak. Bapak usik anak2. mak suap anak makan. sedih aku melihatnya..

Sampai sekarang aku terfikir, kenapa mak ayah aku ni mcm benci dkt aku. Aku ni sorg je anak perempuan dorg. kalau aku dah takde, dorg dah takde anak perempuan lain dah.

Zama remaja dlu aku pernah terfikir nak bunuh diri, nak lari dari rumah tapi aku tak sanggup nak malukan keluarga aku. aku tak sanggup nak biarkan mak ayah aku menangis disebabkan aku.

Even skrg aku dah dapat kerja elok, aku balik dr kerja, mesti ade je benda tak puas hati. ade je benda tak kene. Ada je nak maki. Benda salah sikit, "jangan jadi bangang boleh tak?", "ada otak tu guna!", "kalau aku tau kau mcm ni, kecik2 dlu aku dah pijak2 bagi mati", "bengap sangat kenapa kau ni?"

Sumpah sedih..

Sekarang ni bila balik kerja je, aku suka duduk dalam bilik, tak berbual dgn dorg. Aku tak boleh tgk mak ayah aku gelak2 dgn anak lelaki dorg. Aku sedih. Bila aku dtg je, dorg smua mcm kekok nak sembang. so aku rasa better aku duduk dlm bilik, solat, tido, bangun, kerja, balik, masuk bilik, tido….

Apa patut aku buat? Aku tak pernah miss bagi duit gaji aku utk dorg. Balik kerja, ada je makanan yang aku bawak balik. aku nak dorg happy. aku nak dorg nampak aku. Kerja rumah semua aku yang buat. Basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, buang sampah, mop lantai, siram pokok bunga, buang sawang, cuci habuk. cuma masak je aku tak nak sebab ayah aku tak makan selain dari masakan mak aku.

Apa lagi yang tak kena. Aku tak berani nak melawan. Aku sayang dorg. Apa yang patut aku buat? - ANAK YANG TERLUKA
'Jangan Jadi Bangang Boleh Tak, Ada Otak Tu Guna!' 'Jangan Jadi Bangang Boleh Tak, Ada Otak Tu Guna!' Reviewed by OH Buletin on 1:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.