Jenazah Pengawal Peribadi Noriah, Ahmad Sobri Selamat Dikebumikan

Jenazah Pengawal Peribadi Noriah, Ahmad Sobri Selamat Dikebumikan | Jenazah pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, Lans Koperal, Ahmad Sobri Harun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah, Bukit Cempaka, Batu Rakit, di sini, pada jam 8.20 pagi tadi.

jenazah ahmad sobri selamat di semadikan, jenazah nahas kapal terbang, ahmad sobri

Terdahulu, jenazah yang diterbangkan dengan pesawat Charlie C130 dari Pengkalan Udara, Kuching pada jam 4 pagi, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kira-kira jam 6.20 pagi.

Jenazah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik turut disembahyangkan buat kali kedua di kediaman keluarganya di Kampung Bukit Cempaka oleh kira-kira 100 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Suasana sebak menyelubungi tanah perkuburan apabila Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman menyerahkan bendera polis kepada bapa Allahyarham, Harun Muda, 61, sebaik selesai upacara pengkebumian penuh istiadat polis.

[ Artikel Berkaitan : Mesej Aplikasi WhatsApp Terakhir Ahmad Sobri Menjadi Viral ]

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan reaksi keluarga mengenai insiden helikopter terhempas di Sarawak tidak berhasil apabila enggan ditemubual dan masih bersedih dengan kejadian mengejut itu.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang turut hadir pada upacara pengkebumian menyatakan perasaan sedih dan mengucapkan takziah atas pemergian Ahmad Sobri yang penuh tragis itu. - SINAR HARIAN
Jenazah Pengawal Peribadi Noriah, Ahmad Sobri Selamat Dikebumikan Jenazah Pengawal Peribadi Noriah, Ahmad Sobri Selamat Dikebumikan Reviewed by OH Buletin on 10:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.