'Jangan Beli Durian Di Petron Taman Sri Gombak, Dah Kena Ludah!'

'Jangan Beli Durian Di Petron Taman Sri Gombak, Dah Kena Ludah!' | Video seorang peniaga durian meludah isi durian sebelum dibungkus tersebar di laman sosial cetus rasa loya netizen.

durian diludah, video durian kena ludah, ludah dahulu sebelum jual

Video berdurasi 1 minit 48 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook telah ditonton seramai 251,736 orang.

"Tolong jangan beli durian di Petron Taman Sri Gombak. Rakaman dibuat sebentar tadi, jam 3.30 petang. Sungguh kurang ajar!" katanya.

Menurut Lonelystone, video itu diperolehinya dari group WhatsApp yang mendakwa kejadian itu berlaku di Taman Sri Gombak berhampiran stesen minyak Petron.


Netizen tidak menafikan bahawa lelaki terbabit berbuat demikian, mungkin mahu 'melariskan' jualan duriannya kepada orang ramai sehingga tergamak menggunakan taktik kotor itu.

Terdapat juga segelintir mendakwa lelaki itu 'meniup' habuk yang mungkin berada di durian tersebut. - PIXEL MEDIA
'Jangan Beli Durian Di Petron Taman Sri Gombak, Dah Kena Ludah!' 'Jangan Beli Durian Di Petron Taman Sri Gombak, Dah Kena Ludah!' Reviewed by OH Buletin on 11:50 PM Rating: 5

1 comment:

  1. kamu membuat fitnah wahai org yg upload video ini...sekiranya org ni hanya meniup abuk pada buah durian itu dan kamu memfitnahnya meludah buah tersebut..maka tanggunglah dosa kamu itu sampai kiamat..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.