Kain Baju Raya Ada Gambar Jesus?

Kain Baju Raya Ada Gambar Jesus? | Hasrat menjahit jubah untuk dipakai ketika Syawal ini terbantut selepas kain ela yang dibelinya di sebuah gedung pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman terdapat gambar Jesus.

gambar tuhan jesus, jesus pada kain, kain ada jesus, gambarjesus pada kain

Mangsa, Aizawati Che Salleh, 40-an, berkata, dia membeli kain sepanjang tiga meter itu di gedung berkenaan yang mengadakan promosi potongan diskaun, kelmarin.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari gambar Jesus berkenaan.

“Biasa sebelum beli memang tengok dulu kualiti dan coraknya tetapi semuanya nampak baik saja. Tetapi bila pulang pejabat, kawan perasan ada corak tersembunyi itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang bertugas sebagai Eksekutif Perhubungan Media sebuah syarikat swasta berkata, terkilan kerana perkara itu berlaku dan tidak tahu motif ia masuk dalam pasaran.

“Saya tanya kawan bukan Islam pun mereka pelik kerana mereka tak pakai kain ada gambar Jesus kerana melibatkan agama dan sensitif.

“Harap perkara ini dapat disiasat dan pengguna lebih berhati-hati kerana gudang tersebut agak popular dan kebanyakan pelanggannya Islam yang mahu membeli kain untuk persediaan Aidilfitri,” katanya.

Katanya, dia tidak bercadang mahu memulangkannya kepada gudang pakaian tersebut.

“Selalu juga ke sana dan ini kali pertama saya terbeli kain bercorak macam itu.

“Mungkin saya akan rujuk perkara ni dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -SINAR HARIAN
Kain Baju Raya Ada Gambar Jesus? Kain Baju Raya Ada Gambar Jesus? Reviewed by OH Buletin on 6:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.