Tragedi Helikopter Terhempas: Juruterbang Terlekat Dalam Helikopter?

Tragedi Helikopter Terhempas: Juruterbang Terlekat Dalam Helikopter ? | Polis Sarawak tidak menolak kemungkinan juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas masih berada di dalam helikopter malang yang masih belum ditemui setakat ini.

gambar Rudolf Rex Ragas, Rudolf Rex Ragas, Rudolf Rex Ragas dijumpai, Rudolf Rex Ragas SAR, biodata Rudolf Rex Ragas

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, dakwaan itu berasaskan kepada prosedur juruterbang adalah individu terakhir yang keluar jika berlaku sebarang kecemasan.

“Mengikut prosedur, juruterbang adalah individu terakhir keluar jika berlaku sebarang kecemasan dan mungkin juruterbang masih tersangkut pada kerusi," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi di Jeti Pekan Lingga, di sini, hari ini.

[ Artikel Berkaitan : Mayat Juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas Sah Ditemui Bomba ]

Pihaknya berharap bantuan alat pengesan sonar dan dron itu mampu membawa kepada penemuan baharu dalam operasi berkenaan.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pagi ini memberitahu telah menggunakan alat pengesan sonar dan dron dalam operasi pencarian juruterbang warganegara Filipina itu di Sungai Batang Lupar, di Lingga, Sarawak.

Manakala, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula memberitahu pasukan SAR dalam usaha mengesan bangkai helikopter akan mula menggunakan alat pengesan logam. - SINAR HARIAN
Tragedi Helikopter Terhempas: Juruterbang Terlekat Dalam Helikopter? Tragedi Helikopter Terhempas: Juruterbang Terlekat Dalam Helikopter? Reviewed by OH Buletin on 7:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.