"Kakak nak pergi Sarawak, mungkin hari Sabtu ni kakak balik," - Ucapan Terakhir Datuk Noriah Kasnon

"Kakak nak pergi Sarawak, mungkin hari Sabtu ni kakak balik," - Ucapan Terakhir Datuk Noriah Kasnon | Itulah kata-kata terakhir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon kepada pembantu rumahnya, Yuliatriyanti, 37.

mayat noriah kasnon, gambar mayat, gambar aneh

Yuliatriyanti yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, Noriah memaklumkan perkara itu semasa berada di kediamannya di Sungai Besar, petang Isnin lalu ketika ingin ke Sarawak bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, Noriah yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar sempat berpesan supaya dia menyambut Aidilfitri bersama keluarganya pada tahun ini.

"Kakak (Noriah) cakap kita sambut raya sama-sama di sini. Saya doa semuanya selamat dan dapat bertemu kakak.

"Sebelum kakak berangkat ke Sarawak, saya sempat salam dengannya dan dia senyum pada saya," katanya.

Yuliatriyanti bekerja sebagai pembantu rumah Noriah sejak 18 tahun lalu iaitu semasa Noriah menjadi peguam dan menetap di Taman Purnama, Sungai Besar. - SINAR HARIAN
"Kakak nak pergi Sarawak, mungkin hari Sabtu ni kakak balik," - Ucapan Terakhir Datuk Noriah Kasnon "Kakak nak pergi Sarawak, mungkin hari Sabtu ni kakak balik," - Ucapan Terakhir Datuk Noriah Kasnon Reviewed by OH Buletin on 3:11 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.