'Kau Ni Tak Fikir Ke Anak Kau Dah Ada Anak Isteri Kat Rumah !' - Isteri

'Kau Ni Tak Fikir Ke Anak Kau Dah Ada Anak Isteri Kat Rumah !' - Isteri | Sebelum kawen dgn suami, semua okay je. Suami ni anak sulung. Ibu ayah dia dah bercerai. Ayah dia dah kawen lain, begitu juga dgn ibu dia.

isteri, gambar suami, gambar

Ayah dia dan mak tiri dia tinggal dekat dgn rumah kami dlm 20 minit mcm tu. Nak dijadikan cerita, sebelum kawen hubungan sy dgn ayah dan mak tiri dia ok je. Dorg jadi mcm parents-in-law idaman semua.

Sgt memahami dan byk membantu itu ini. Tp selepas kawen, baru nampak perangai sebenar dorang. Dorang suka condemn orang, tak kira la siapapun, asyik nak betul je, nak ikut telunjuk dorang je, apa kita buat semua tak kena, apa kita cakap semua tak btl, dorang je la yang betul.

Saya stress betul sampai rasa macam tak nak datang rumah dorang lagi. Hari tu anak saya menangis sbb dia nak susu. Dorang ckp mcm2 la. Itu la ini la, tak kena itu ini la. Padahal saya tahu la anak saya mcm mana. Sy jaga dia dari jam pertama lg dia dilahirkan didunia ni.

Tp dorg asyik nak menang je siap ckp, "Kitorang ni orang tua. Betul ke salah ke, kena ikut". Eee dalam hati sy serious la mmg nak mengamuk tapi sabar je.

Lepas tu saya dah jarang pegi rumah dorang. Suami pulak pergi rumah ayah dan mak tiri dia tengah2 mlm. Dlm pukul 10 sampai pagi la nak masuk subuh baru balik. Katanya sebab jarang melepak. Yg sy tak puas hati. Kenapa tak pegi pagi je? Tak fikir ke anak (baby) dan isteri berdua je kat rumah malam2 ni?

Pastu kadang2 kalau dia gi rumah ayah dia petang kan, dia tak balik rumah pun sampai mlm. Sy dah masak siap tunggu nak makan ngan dia. Tp dia mcm tak fikir pun isteri tunggu kat rumah. Ayah dia pun bukan main la tu rancak ajak suami bersembang dan merokok.

Geramnya sy. Kadang fikir gak, kau ni tak fikir ke anak kau dah ada anak isteri dah la anak baby lagi kat rumah, kau suruh la dia balik. Suami sy pun tak fikir, isteri aku ada kat rumah ni sorang2, bahaya skrg ni tinggal anak dan isteri, tak pyh la melepak sampai lewat.

Geramnnya! - ISTERI TERLUKA LAGI
'Kau Ni Tak Fikir Ke Anak Kau Dah Ada Anak Isteri Kat Rumah !' - Isteri 'Kau Ni Tak Fikir Ke Anak Kau Dah Ada Anak Isteri Kat Rumah !' - Isteri Reviewed by OH Buletin on 8:56 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.