Lagi Pesawat Terhempas, Kali Ini Pesawat TUDM Pula Jatuh Di Pekan

Lagi Pesawat Terhempas, Kali Ini Pesawat TUDM Pula Jatuh Di Pekan | Sebuah pesawat latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan sawah padi dekat Kampung Pandan Nenasi, Pekan kira-kira jam 12.54 tengah hari tadi.

pesawat tudm terhempas, gambar pesawat tudm

Menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara,pesawat Aermacchi MB339CM yang berpengkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan.

Kedua juru terbang (seorang pelatih) dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injap pesawat.

Berdasarkan sumber, dua orang awam terlihat pesawat tersebut jatuh di kawasan sawah padi sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Pekan menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Difahamkan pesawat berkenaan membuat panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah hari selepas mengalami masalah enjin sebelum terhempas.

TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan. - SINAR HARIAN
Lagi Pesawat Terhempas, Kali Ini Pesawat TUDM Pula Jatuh Di Pekan Lagi Pesawat Terhempas, Kali Ini Pesawat TUDM Pula Jatuh Di Pekan Reviewed by OH Buletin on 3:42 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.