Laporan Lengkap Kes Penemuan Pistol Jenis Revolver Dalam Kereta Safee Sali

Laporan Lengkap Kes Penemuan Pistol Jenis Revolver Dalam Kereta Safee Sali | Susulan kes pihak polis menemukan sepucuk pistol jenis Revolver didalam kereta milik Safee Sali, pemain bola sepak JDT, muncul pula laporan lengkap tentang isu penangkapan suspek.

pistol safee sali, gambar safee sali

Ikuti laporan dibawah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH DATO / Tuan.

*LAPORAN TANGKAPAN (1) LELAKI BERSABIT KEMPAS/****

1. Makluman awal Trafik JBU jumpa sepucuk pistol jenis revolver semasa membuat Sekatan Jalan Raya.

2. Klasifikasi: Sek.8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971/ Sek.8(a) Akta Senjata 1960.

3. IO kes: Insp.****
SIO kes: ASP ****

4. Butiran Tangkapan (B1):-
Nama: S****
No. KP: 821103-01-****
Umur: 34 Tahun
Alamat: **** Kampung Sungai Tiram, 81800 JB
Pekerjaan: Berniaga (Kedai Aksesori 4×4)
Alamat Kedai: **** Taman Setia Tropika, JB

5. Rekod Lampau:
- Plentong/922/01, Sek 39B ADB, Tahun 2001, Ditangkap.
- Tmn Pelangi/1554/12, Sek 15(1)(a) ADB, Tahun 2012, Dihukum.
- Setia Indah/1859/12, Sek 39A(1) ADB & Sek 6 ADB, Tahun 2012, Dihukum.

6. Fakta kes:
6.1. Pada 15.5.2016 @ 1200, anggota Trafik JBU yang menjalankan Sekatan Jalan Raya di Susur Exit Kempas Lebuhraya Utara Selatan (Hala Utara) telah tahan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger 4WD, warna Hijau, No. Pendaftaran JRL **** yang dipandu oleh B1.

6.2. Kemudian dengan disaksikan B1, Lkpl. **** telah membuat pemeriksaan bahagian dalam kenderaan dan telah menjumpai satu beg berwarna kuning di bahagian tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan di dalam beg tersebut, Lkpl. **** telah menjumpai:-

i) dipercayai sepucuk pistol Revolver jenis Smith & Wesson, panjang bearer 4 inci, No. Siri: K665131, buatan USA beserta Sarung warna hitam.

ii) Satu kotak hitam tertulis "Bullet Master" mengandungi 30 butir peluru hidup jenis .38LRN Special Ball

[ Artikel Berkaitan : Polis Jumpa Sepucuk Pistol Dalam Kereta Safee Sali ]

6.3. Hasil semakan ke atas kenderaan tersebut dapati:-

Pemilik:
Nama: Mohd Safee B. Mohd Sali (Pemain Bola Sepak JDT)
No. KP: 840129-****
Alamat: **** 47610 Selangor.

7. Hasil soal siasat awal ke atas B1 mendapati:-

i) B1 telah jumpa pistol & peluru2 di dalam bungkusan plastik yg dibalut dengan baik di Loji Air, Jalan Sungai Tiram - Pasir Gudang pada bulan lepas (April 2016) ketika memancing pada sebelah petang bersama rakannya nama "Lani" (tanpa pengetahuan Lani). B1 buka bungkusan tersebut dan mengambil pistol bersama peluru2 tersebut dan masukkan ke dalam beg.

ii) Selepas menjumpai pistol tersebut, B1 telah simpan (sembunyikan) di pejabat kedainya. B1 memberi alasan mahu simpan pistol tersebut sebagai keselamatan dirinya yang sedang menjalankan perniagaan. B1 juga telah membersihkan pistol tersebut selama di bawah simpanannya namun masih menafikan melepaskan tembakan.

iii) B1 akui kenderaan Ford Ranger tersebut adalah milik Safee Sali. Safee Sali telah hantar kenderaan tersebut ke kedainya pada minggu lepas untuk pasang "Full Ascesorries". B1 menyatakan Safee Sali bercadang akan ambil kenderaannya itu selepas Final Piala FA.

iv) Keterangan B1 setakat ini berhubung pistol dipercayai tidak betul. SS lanjut akan dijalankan untuk mendapatkan cerita sebenar.

8. Tindakan dan siasatan awal:
8.1. IO kes telah melawat tempat kejadian bersama jurugambar Sjn Sham. Gambar tempat kejadian telah dirakam.

8.2. Pihak forensik IPK Johor telah dipanggil untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dirampas.

8.3. Pihak AMRA IPD JBU telah dipanggil untuk pemeriksaan terhadap pistol yang dirampas.

8.4. Barang kes akan dihantar ke Forensik Cheras, Bukit Aman untuk pemeriksaan Mybid.

9. OKT akan dimohon reman pada 16/5/16 selama 7 hari.

10. Repot sedang dibuat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah selesai siasatan.

Sekian, terima kasih YDH DATO
Laporan Lengkap Kes Penemuan Pistol Jenis Revolver Dalam Kereta Safee Sali Laporan Lengkap Kes Penemuan Pistol Jenis Revolver Dalam Kereta Safee Sali Reviewed by OH Buletin on 10:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.