Lelaki Disumbat Dalam But BWM Rupanya Pengedar Dadah

Lelaki Disumbat Dalam But BWM Rupanya Pengedar Dadah | Identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam but sebuah kereta BMW dalam sebuah lombong di Tasik Puchong, Taman Maju semalam dipercayai ‘jutawan’ daripada hasil aktiviti pengedaran dadah.

mayat dalam but bmw, punca mayat but bmw dibunuh, gambar g saravanan, pengedar dadah

Menurut sumber, mangsa, G. Saravanan, 29, pernah ditahan polis sebelum ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan dia dilaporkan hilang pada 2 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati mang­sa terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dan dipercayai turut menjalankan perniagaan lain daripada hasil wang yang diperoleh menerusi aktiviti tersebut.

[ Artikel Berkaitan : Punca Lelaki Disaumbat Dalam But BMW Didedahkan ]

“Laporan kehilangan Saravanan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields oleh ahli keluarga yang menyedari kehilangan mangsa baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pihaknya tidak menolak faktor dendam merupakan punca pembunuhan tersebut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Akhbar hari ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh beberapa hari lalu ditemukan dalam but sebuah kereta BMW yang tenggelam dalam sebuah lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya di sini semalam.

Sebelum ini, turut tersebar di media sosial apabila waris mangsa menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Saravanan apabila dia dilihat kali terakhir menaiki kereta BMW 5 Series 530i berwarna biru gelap. - UTUSAN ONLINE
Lelaki Disumbat Dalam But BWM Rupanya Pengedar Dadah Lelaki Disumbat Dalam But BWM Rupanya Pengedar Dadah Reviewed by OH Buletin on 4:11 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.