Lelaki Jual Lesen 'Terbang' Di Facebook?

Lelaki Jual Lesen 'Terbang' Di Facebook? | Sindiket lesen terbang dikesan kembali memulakan operasi menjelang sambutan hari raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

lelaki, jual,lesen

Modus operandi pada kali ini dikatakan lebih tertumpu kepada pengguna jalan raya yang ingin pulang untuk berhari raya bersama keluarga di kampung.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial dilihat cuba mengambil kesempatan dengan menjual lesen terbang di laman Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Pengguna Facebook yang mengunakan nama Mohd Sharul (dipercayai akaun palsu) itu meminta kepada mana-mana individu yang berminat untuk segera menghubunginya melalui Facebook.

“Terima kasih yang support semalan! Assalam semua! RAYA DH DEKAT! Lesen terbang, kali ni yang memang tak ade dalam System! 98% copy ori Ade Hologram! Harga offer Sebelum Raya! Tak layan Pm2, Srs Talk inbox Terus sekian ” tulisnya memetik kenyataan di status berkenaan.

Bagi menyakinkan masyarakat, Mohd Sharul turut memuatnaik puluhan gambar lesen berserta sampul Pos Ekspres bagi menunjukkan kesediaannya untuk membuat penghantaran ke seluruh negara.

Malah melalui gambar yang disertakan itu, turut kelihatan lesen jenis B2 dan D milik seorang lelaki warganegara Myanmar yang telah siap diproses.

Sementara itu Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dalam satu kenyataan awal bulan ini berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghapuskan sindiket lesen terbang yang semakin berleluasa di negara ini.

Tinjauan SuaraTV melalui ruangan komen di status berkenaan mendapati masih ramai pengguna Facebook yang dilihat berminat untuk mendapatkan lesen terbang tersebut walaupun pihak berkuasa telah berulang kali mengeluarkan peringatan mengenainya.

Pihak kami turut cuba untuk menghubungi pengendali akaun tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, namun sehingga kini gagal mendapatkan sebarang maklumbalas. - SUARA TV
Lelaki Jual Lesen 'Terbang' Di Facebook? Lelaki Jual Lesen 'Terbang' Di Facebook? Reviewed by OH Buletin on 1:10 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.