Lelaki Ni Lah Yang Polis Jumpa Dalam Kereta Safee Sali Bersama Sepucuk Pistol

Lelaki Ni Lah Yang Polis Jumpa Dalam Kereta Safee Sali Bersama Sepucuk Pistol | Pekerja kedai aksesori kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup, dua minggu lalu.

pistol safee sali, safee sali, gambar lelaki pistol

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Shalihoddin Azman, 34, sejurus kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki yang hadir memakai baju T berwarna merah didakwa memiliki senjata api iaitu pistol revolver jenis Smith & Wesson 4 dan satu sarung pistol tanpa kebenaran yang sah.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

pistol safee sali, safee sali, gambar lelaki pistol

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, dia didakwa tanpa sebab sah dalam milikannya 30 peluru hidup jenis .38LRN Special Ball dan didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di susur Lebuhraya Utara-Selatan Kempas di sini, kira-kira 12 tengah hari, 15 Mei lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan penemuan pistol dan peluru dalam Ford Ranger milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Safee Sali yang dipandu seorang individu ketika Safee menghantar kenderaannya itu untuk diubah suai.
Lelaki Ni Lah Yang Polis Jumpa Dalam Kereta Safee Sali Bersama Sepucuk Pistol Lelaki Ni Lah Yang Polis Jumpa Dalam Kereta Safee Sali Bersama Sepucuk Pistol Reviewed by OH Buletin on 4:59 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.