'Lelaki, Tak Usah Lah Guna Agama Nak Mempedayakan Gadis'

'Lelaki, Tak Usah Lah Guna Agama Nak Perdaya Gadis Ni' | Saya nak berkongsi cerita BFF saya. Sebelumnya, harap sahabat semua ambil pengajaran. Jangan baca saja-saja. Catit sikit dekat dalam minda ya. BFF saya ni dalam proses hijrah. Alhamdulillah, kalau dulu pakaian 'rock'. Kini segala sarung dia pakai. Sarung kaki. Sarung tangan.

hijab women cry

Tudung dari saiz standard tukar bidang besar. Labuh tutup litup. BFF saya ni cantik. Walaupun dah pakai tudung tutup litup, aurat cover perfect pun tapi ada saja lelaki yg usha dia. Siul 'sweet-sweet'.

Disebabkan dia yg tak suka dipandang maka dia pun upgrade lagi pakai purdah. Masalah settle. Dah tak ada nak ngorat dia. Tapi, bila dah berpurdah ni. Ada pula lelaki yg berlagak alim nak masuk line. Nak dijadikan cerita, dia berkenalan dengan seorang lelaki bergelar ustaz melalui facebook. (Sabar dulu jangan label apa-apa. Tak salah kalau nak cari jodoh pakai apa pun. Yang salah bila tak tulus. Mungkin cara utk lelaki itu ta'aruf. Konon.)

Maka, BFF saya ni bagi ruang buat ustaz tu sebab ustaz tu kata dia berkenan dengan BFF saya. Hajat konon nak buat isteri. Tapi disebabkan masih study BFF saya terpaksa ikat dulu hubungan diorang. BFF saya takut nak bagitahu dekat ayah dia. Sebab ayah dia garang. Lagipun ayah dia dah warning awal-awal. Kalau nak kahwin mesti grade degree dulu.

Masa ni kitorang tengah buat diploma. Berkali-kali lelaki tu cakap nak pergi jumpa parent BFF saya. Tapi terus dilarang. Kata BFF saya takut nanti ayah dia kejar dengan parang. Akhirnya mereka decide utk tunang cara Islam. Memandangkan masing-masing setuju terima jadi pasangan. Cuma tak ikut adat. Tak ada dulang-dulang. Tapi mak ayah(kecuali mak BFF saya) diorang tak tahu menahu. Boleh ke gitu? Bukannya dah kira membelakangkan wali? Sahabat yg khatam kitab bab berkaitan boleh bincangkan.

Dipendekkan cerita, BFF saya ni rasa lain macam. Apa lagi jadi stalker kejap. Habis dia stalk FB tunang dia a.k.a ustaz. Dibelek satu-satu friend ustaz ni. Tup-tup dia dapat tahu yg ustaz ni dah nak kahwin. Dan sedang bertunang dengan gadis lain. Tunang yang kedua belah pihak keluarga bersemuka dan bersetuju. Innalillah! Terperanjat dia. Walhal dia setia tunggu masa dipinang. Berderai airmata perempuan. Sampai hati! Eh, emosi pula kita.

BFF saya pun dengan berani pm dekat 'madu' dia. Cerita A-Z pasal ustaz tu. Perang dunia kejap. Yang saya tak sanggup nak dengar bila ustaz tu menafikan semua kata-kata BFF saya. Siap kata tak kenal BFF saya. Paling menyakitkan bila dia suruh BFF saya minta maaf atas kebenaran yg dia bongkar. Akhirnya, BFF saya pun mengalah. Berbulan juga nak terubat. Sampaikan BFF saya jadi bosan dengan lelaki. Sampai satu tahap dia kata dia nak anak tapi tak nak kahwin. Tapi sekarang dah tunang. Masing-masing family tahu. Lelaki yg jauh lebih hensem. Lebih berbudi. Lebih menghargai. Tak ada tittle ustaz tapi pemegang diploma bahasa arab dan bakal grade degree insurance.

So, kepada gadis jaga diri anda. Bagi ruang bila keadaan benar-benar izin. Takut terjatuh dalam pengakhiran yg tak pasti. Rugi. Kepada lelaki pula tak usah lah guna agama nak perdaya gadis ni. Sungguhpun kamu tak terkesan tapi agama mu akan dipersalahkan. Plus, kami perlu dididik bukan dipermainkan. Ulasan seringkasnya, jagalah percampuran antara lelaki dan wanita. Jaga ikhtilat.
'Lelaki, Tak Usah Lah Guna Agama Nak Mempedayakan Gadis' 'Lelaki, Tak Usah Lah Guna Agama Nak Mempedayakan Gadis' Reviewed by OH Buletin on 5:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.