Liga Super: Bas Bawa Skuad Pahang Diconteng di Larkin | Bas yang membawa pemain bola sepak Pahang bagi perlawanan Liga Super malam ini, diconteng ketika diletakkan di tempat letak kenderaan sebuah hotel di bandaraya ini, pagi tadi.
Kejadian disedari seorang pegawai dari pasukan itu pada kira-kira jam 8.30 pagi, tadi selepas mendapati bas berkenaan diconteng menggunakan semburan cat berwarna putih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pihak yang terlibat.
[ Artikel Berkaitan : Inilah Dia Suspek Berani Conteng Bas Pahang FC di Larkin ]
"Kita ada terima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana.
"Bas berkenaan mula diletakkan di kawasan berkenaan pada kira-kora jam 7.30 malam semalam dan kejadian itu disedari jam 8.30 pagi tadi di sebuah hotel di sini," katanya.
Pasukan berkenaan dijadualkan bertemu pasukan JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini. - SINAR HARIAN

Liga Super: Bas Bawa Skuad Pahang Diconteng di Larkin
Reviewed by OH Buletin
on
8:10 PM
Rating:

No comments: