'Mak Aku Macam Orang Muda, Pergi Hiking dan Keluar Malam'

'Mak Aku Macam Orang Muda, Pergi Hiking dan Keluar Malam' | Untunglah kau ada ayah, untunglah kau ada ibu! Ya, ramai akan cakap macam tu kat aku. Family aku lengkap, ayah ibu ada lagi, adik beradik lima orang. Aku lelaki dan anak sulung. Tapi kitorang tak berduit, duduk rumah teres menyewa, orang takkan tau family aku susah. Ada kisah kenapa kitorang masih still duk umah teres ni, bayar sewa alhamdulillah tiap bulan ayah aku bayar supaya kitorang tetap ada rumah utk duduk memandangkan kalau pindah lagi banyak kos.

hipster, ibu, gambar mak, ibu with phone

Tapi, makan kitorang tak berapa nak cukup. Kais2 then makan, kalau tak korek2 lah mana tau jumpa duit syiling. Macam tula aku adik2 and ayah aku selalu buat. Ayah aku punya bisnes asyik kena tipu, tapi ayah aku jenis terlalu baik sangat sampai orang gunakan dia. Sekarang ni tengah usaha lagi untuk bisnes yang lain so kitorang struggle jela hidup guna duit yang ada.

Apa pulak function aku sebagai seorang lelaki and anak sulung kepada keluarga aku? Banyak aku dah berusaha contohnya aku kerja kat market, gaji masyuk kalo overtime tapi aku rasa dengan kepenatan tahap maksimum, dan aku dianiaya oleh kawan sekerja maka aku rasa baik aku berhenti. Impian aku time tu, aku nak kumpul duit beli motor, sebab family aku takda kenderaan langsung. Adik aku pegi sekolah jalan kaki, aku gi kerja tumpang kawan, kadang2 jalan kaki jauh dalam 3 4 kilo, begitu jugak ayah aku tumpang kawan gi ofis dia. Aku ada awek yang juga aku nak jadikan calon isteri, dia selalu support aku walaupun aku habuk pun takda. Dia lah cakap kat aku, kalo nak tolong keluarga, aku kena tolong diri aku dulu. Dia syorkan aku kumpul duit beli motor, then dengan motor tu dapatlah aku pergi keja, hantar adik aku gi sekolah and hantar ayah aku gi kerja and juga buat part time kat mana2.

Tapi, setiap kali aku dapat gaji, aku rasa duit aku habis sia2. Selalunya, gaji masuk je, aku akan sewa kereta and bawak satu family pegi mall, and kitorang beli barang dapur. So, tiap kali aku balik aku nak rasa air tangan mak aku, Tak payah beli kat luar, tapi mak aku ni aku tak paham la kenapa, masak tapi jarang, sedangkan mak awek aku mak dia masak hari2.

Bukan ke tugas sorang mak tu sediakan makanan untuk keluarga dia? Selalu awek aku tanya, aku makan apa, and then aku jawab beli lauk luar sebab mak aku dah masak semalam, so hari ni tak payah masak lagi. Aku jawab la macam tu sebab realitinya sebab dari kehidupan seharian pun tak sama cam orang lain. Even tengok bersamamu pun, miskin2 pun mak dia tetap masak untuk anak2 dia. Hidup dah lah tak berduit, asik2 kena beli makanan luar.

Aku pernah cari kedai motor yang bayar duit muka seribu je pastu boleh angkat dah motor tu, kirenya lagi seribu tu bayar bulan2. Aku dah save dah duit tu, tetiba mak aku nak pinjam duit nak beli phone baru sebab phone dia kadang2 jem. Aku pun bagi la dgn hati yg berat, mak aku cakap nak bayar balik tapi mak aku bayar sikit2, last2 tak bayar dah. Aku geram jela, mak aku duduk rumah je tapi sibuk sangat dengan phone, kalo ayah aku wajar la lagi sebab dia kena berurusan dalam internet pasal kerja dia. Last2 impian tu berkubur macam tu je.

Mak aku tak macam mak orang lain. Mak orang lain pakai baju tshirt ngan kain batik, dok umah masak, cuci baju, membebel pasal kerja sekolah kat anak2 dia tapi mak aku tak camtu. Mak aku cam orang muda, jaga penampilan, jarang masuk dapur, pegi kelas senaman, hiking dengan kawan2, keluar malam sebab ada event. kiranya orang panggil dia hot mama, macam ala2 mak datin. Ayah aku pulak yang selalu ada kat umah, lepas balik kerja terus balik rumah. Pelik kenapa mak aku ni macam abaikan tangungjawab, aku tak suka dia keluar malam tinggalkan ayah aku kat umah macam tu sebab pegi buat hal dia.

Aku pernah cakap kat mak aku, aku tak suka mak aku keluar malam dengan laki tah mana2 ambik dia, dia cakap lepas ni dia tak buat dah. Tapi kejap je, lepas tu start balik hal yang sama. Aku rasa macam mak aku ni bukannya kecik lagi , dah tua dah pun tapi macam tak sedar apa dia buat semua salah.

Sampailah dia kantoi ngan ayah aku dia ada orang lain. So aku terimbas balik perangai nya yang pelik tu, aku dah letih menangis sedangkan lelaki kan jarang nangis2 ni, tapi aku dah selalu sangat sampai aku tak rasa pape dah bila dengar ayah aku nak lepaskan mak aku. Ape pun yang jadi, aku cuma nak mak aku berubah walaupun aku tak duduk ngan mak lagi. Aku nak fokus orang2 yang betul hargai aku, ayah aku, adik2 aku, kawan2 aku, awek aku. Aku nak capai cita2 aku nak ada kenderaan, kerja tetap, and aku nak kahwin ngan dia. Awek aku budak uia. So guys , doakan yang terbaik untuk aku ya! - IIUM
'Mak Aku Macam Orang Muda, Pergi Hiking dan Keluar Malam' 'Mak Aku Macam Orang Muda, Pergi Hiking dan Keluar Malam' Reviewed by OH Buletin on 7:28 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.