Mayat Juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas Sah Ditemui Bomba

Mayat Juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas Sah Ditemui Bomba | Pagi ini, Bernama melaporkan mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi sekitar kawasan Triso, Sebuyau, di sini.

Kapten Rudolf Rex Ragas, gambar Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang helikopter sarawak dijumpai, Kapten Rudolf Rex Ragas gambar sedih

Terdahulu,  lima mayat sudah ditemui dalam tragedi helikopter terhempas itu yang dilaporkan hilang sejak Khamis.

[ Kemaskini ]  Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi ini di sekitar kawasan Triso, Sebuyau, Sri Aman.

Menurut laporan BHOnline, mayat yang ditemui tiba di jeti Pekan Lingga pada jam 11.35 pagi dan akan dibawa ke Hospital Umum Kuching menaiki helikopter.

Kapten Rudolf Rex Ragas, gambar Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang helikopter sarawak dijumpai, Kapten Rudolf Rex Ragas gambar sedih

Dalam insiden malang itu, helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suami, Asmuni Abdullah dan beberapa yang lain berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis lalu  dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Mayat Juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas Sah Ditemui Bomba Mayat Juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas Sah Ditemui Bomba Reviewed by OH Buletin on 12:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.