Mayat Keempat Disahkan Asmuni, Suami Noriah Kasnon

Mayat Keempat Disahkan Asmuni, Suami Noriah Kasnon | Mayat keempat nahas helikopter yang ditemui jam 3.26 petang tadi dikenalpasti sebagai suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, Asmuni Abdullah.

mayat keempat nahas helikopter sarawak, Asmuni Abdullah, gambar Asmuni Abdullah

Menurut Twitter Harian Metro Sarawak, perkara itu disahkan adik mangsa, Zulkefli Abdullah.

Mayatnya ditemui setengah kilometer dari mayat Noriah dijumpai semalam dekat Sungai Batang Lupar.

Sebelumnya, jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dikenalpasti sebagai mayat kelima ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Sarawak Deputi Superintenden Othman Sulaima memberitahu bahawa operasi mencari seorang lagi mangsa nahas helikopter itu akan bersambung 7.30 pagi esok.

Difahamkan, ketiga-tiga mayat yang dijumpai hari ini dihantar pulang secara berperingkat ke Semenanjung.

mayat keempat nahas helikopter sarawak, Asmuni Abdullah, gambar Asmuni Abdullah

Mayat Noriah yang ditemui jam 12 tengah hari semalam telah selamat dikebumikan malam tadi.

Mayat kedua yang ditemui disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.
Mayat Keempat Disahkan Asmuni, Suami Noriah Kasnon Mayat Keempat Disahkan Asmuni, Suami Noriah Kasnon Reviewed by OH Buletin on 9:50 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.