Tragedi Helikopter : Mayat Ketiga Lengkap Dokumen Pengenalan Diri

Tragedi Helikopter Terhempas : Mayat Ketiga Lengkap Berpakaian & Ada Pengenalan Diri | Lapor Utusan Online hari ini mengatakan mayat ketiga susulan tragedi helikopter hilang Khamis lepas, ditemui lengkap berpakaian dan mempunyai dokumen pengenalan diri.

mayat ketiga nahas helikopter, nahas helikopter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mayat itu terapung di sungai itu pada 12.04 tengah hari, tidak jauh dari kawasan mayat pertama timbalan menteri dijumpai.

"Biarlah polis umumkan berkenaan identiti mayat," katanya pada sidang media d sini.

Beliau berkata, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemukan mayat tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu, jurucakap bomba menyatakan, mayat ketiga itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui.


Tragedi Helikopter : Mayat Ketiga Lengkap Dokumen Pengenalan Diri Tragedi Helikopter : Mayat Ketiga Lengkap Dokumen Pengenalan Diri Reviewed by OH Buletin on 5:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.