Mayat Wanita Nahas Helikopter Sah Mayat Noriah Kasnon

Mayat Wanita Nahas Helikopter Sah Mayat Noriah Kasnon | Mayat mangsa nahas helikopter yang ditemui di Sungai Batang Lupar disahkan jenazah Datuk Noriah Kasnon.

mayat noriah kasnon, jenazah noriah kasnon

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkara jenazah kini sedang dikafankan di Hospital Umum Sarawak sebelum dibawa ke  Surau Al-Jahirah TUDM di sini untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudiannya akan diterbangkan dari Pangkalan TUDM ke Subang.

Terdahulu, mayat wanita yang ditemui berhampiran lokasi penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Helikopter yang membawa mayat mangsa mendarat di padang bola sepak Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak pada pukul 3.33 petang sebelum di bawa ke hospital.

jenazah noriah kasnon

Mayat Wanita Nahas Helikopter Sah Mayat Noriah Kasnon Mayat Wanita Nahas Helikopter Sah Mayat Noriah Kasnon Reviewed by OH Buletin on 9:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.