Melawak Atas Kes Gadis Disodok Cangkul, SKMM Akan Ambil Tindakan

Melawak Atas Kes Gadis Disodok Cangkul, SKMM Akan Ambil Tindakan | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa posting di laman Facebook yang didakwa mempersendakan kejadian rogol dan pembunuhan kejam seorang pekerja kilang di Indonesia.

lawak enno farihah, rogol, gambar aneh

Lapor The Star, 22 Mei yang lalu seorang pengguna Facebook menyiarkan gambar seorang lelaki yang tidak berbaju terbaring di lantai dengan kaki terkangkang berserta dengan caption:

"Mangsa rogol terbaru, sebelum ini guna cangkul tetapi yang ini menggunakan penyodok sampah. Tragis, PDRM action," katanya.

Gambar yang lain pula menunjukkan seorang lelaki baring dengan posisi yang sama di atas katil dan gitar di antara kakinya.

Pengarah Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman mengesahkan mereka menerima laporan mengenai gambar-gambar tersebut.

"Posting itu keterlaluan dan amat menyinggungkan perasaan. Jika pengguna media sosial ternampak gambar itu, jangan dikongsikan kerana ia tidak mendatangkan faedah.

"Hubungi Biro Aduan Pengguna SKMM dan tindakan seterusnya akan diambil," katanya yang juga menegaskan bahawa SKMM memandang serius pada perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah mengedarkan imej berkenaan di media sosial.
Melawak Atas Kes Gadis Disodok Cangkul, SKMM Akan Ambil Tindakan Melawak Atas Kes Gadis Disodok Cangkul, SKMM Akan Ambil Tindakan Reviewed by OH Buletin on 11:55 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.