Siapa Menteri Besar Sarawak? : Keputusan Undi Pilihan Raya Sarawak Ke-11

Menteri Besar Sarawak : Keputusan Undi Pilihan Raya Sarawak Ke-11 | Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka mulai 8 pagi Sabtu.

pilihan raya sarawak, prn 11 sarawak, logo prn sarawak, menteri besar baru sarawak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan.

Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

[ Artikel Berkitan : 20 % Telah Keluar Mengundi Pagi Tadi ]

Pengundian pada Sabtu tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.

Dibawah adalah Keputusan Penuh Pilihanraya Ke-11 Sarawak (PRN Sarawak) :

[Kemaskini] Adenan Satem sah jadi Ketua Menteri Sarawak setelah Barisan Nasional meraih kemenangan besar di 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti DAP - 7 kerusi, PKR - 3 kerusi.


pilihan raya sarawak, prn 11 sarawak, logo prn sarawak, menteri besar baru sarawak

Siapa Menteri Besar Sarawak? : Keputusan Undi Pilihan Raya Sarawak Ke-11 Siapa Menteri Besar Sarawak? : Keputusan Undi Pilihan Raya Sarawak Ke-11 Reviewed by OH Buletin on 1:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.