Mira Filzah Dikritik "Kayu" Mengacara ABPBH 29

Mira Filzah Dikritik "Kayu" Mengacara ABPBH 29 | Kehadiran Mira Filzah di dalam industri seni tanah air sememangnya membuatkan ramai peminatnya jatuh nanti walaupun sering dikritik masih lagi ‘kayu’ dalam lakonan.

mira filzah abpbh 29, mira filzah, gambar mira filzah, biodata mira filzah

Malah kredibiliti dan kebolehan Mira turut dipertikaikan sesetengah pihak apabila dia menjadi pengacara untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015) baru baru ini. Tidak mudah melatah, pelakon ini memohon maaf di laman Instagram miliknya.

“Diberi peluang untuk mengacara sebuah anugerah berprestij adalah satu tugas yang sangat besar. Malah, risiko juga besar. Ada yang pertikai, kenapa berani sangat untuk mengacara anugerah besar sedangkan ini adalah kali pertama. Tak takut ke dengan kritikan dan sebagainya?”

[ Artikel Berkaitan : Mira Filzah Dihencap Netizen Gara Jogek Lambak ]

“Hm, apalah erti usaha kalau kita tak mencuba. Tak cuba, kita sendiri tak tahu. Mira suka mencuba, dan Mira sukakan cabaran. Betul, ini adalah kali pertama mengacara secara live. Tak dinafikan minat mengacara sudah lama, tapi mungkin Allah beri rezeki pada bidang lakonan dahulu,” katanya.

mira filzah abpbh 29, mira filzah, gambar mira filzah, biodata mira filzah

Dalam kenyataannya lagi, selain berterima kasih kepada penganjur di atas peluang yang diberikan itu, Mira Filzah turut sama memberikan penghargaan kepada peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

Apa yang terjadi pada Mira Filzah bagi kami bukanlah satu isu besar. Kritikan yang datang pula hanya sekadar mempertikai tanpa cuba meletakkan diri di tempat Mira – dan tiada siapa pun terlahir sempurna untuk setiap langkah pertama. -ROTIKAYA

mira filzah abpbh 29, mira filzah, gambar mira filzah, biodata mira filzah

Mira Filzah Dikritik "Kayu" Mengacara ABPBH 29 Mira Filzah Dikritik "Kayu" Mengacara ABPBH 29 Reviewed by OH Buletin on 12:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.