Najib Arah Operasti SAR Digerak Mencari Helikopter Hilang

Najib Arah Operasti SAR Digerak Mencari Helikopter Hilang | Misi mencari dan menyelamat terhadap helikopter yang hilang di Sarawak telah digerakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

gambar najib razak, najib razak, helikopter hilang,sarawak

Dalam akaun Twitternya, Najib menyatakan rasa bimbang terhadap berita kehilangan helikopter itu.

"Amat bimbang mengenai laporan helikopter hilang antara Betong dan Kuching. (Misi) mencari dan menyelamat digerakkan. Marilah kita doakan akan keselamatan mereka (di dalam helikopter)," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan bahawa sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong menuju ibu negeri Sarawak telah hilang.

"Helikopter itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching dalam pukul 5 petang," katanya mengenai pesawat Eurocopter AS350 itu. - BERNAMA
Najib Arah Operasti SAR Digerak Mencari Helikopter Hilang Najib Arah Operasti SAR Digerak Mencari Helikopter Hilang Reviewed by OH Buletin on 10:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.