Tak Sangka Neelofa Boleh Jadi Juara ABPBH29!

ABPBH29 : Neelofa Merangkul Anugerah Bintang Paling Popular | Keampuhan populariti pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa terbukti apabila merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29), malam tadi.

neelofa, abpbh29, gambar neelofa, neelofa juara bintang paling popular, neelofa bintang paling popular

Kemenangan Neelofa meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut, selepas kali terakhir dimenangi artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza.

Meraih 212,829 undian, Neelofa yang dicungkil menerusi pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu menafikan kemaraan pencabar terdekatnya iaitu bakat baharu yang sedang memuncak populariti, Mira Filzah selain meranapkan harapan Shaheizy Sam untuk mengulangi pencapaiannya.

neelofa, abpbh29, gambar neelofa, neelofa juara bintang paling popular, neelofa bintang paling popular

Kemenangan itu melayakkan Neelofa, 27, membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia berserta trofi yang diterimanya daripada peminat pada acara kemuncak yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tahniah diucapkan kepada Neelofa.

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Ke-29 :

- Bintang Paling Popular : Neelofa
- Pelakon Filem Lelaki Popular : Sharnaaz Ahmad
- Pelakon Filem Wanita Popular : Fathia Latiff
- Penyanyi Lelaki Popular : Aizat Amdan
- Penyanyi Wanita Popular : Adira
- Pelakon TV Lelaki Popular : Sharnaaz Ahmad
- Pelakon TV Wanita Popular : Emma Maembong
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular : Wings
- Artis Komedi Popular : Abam
- Artis Versatil Popular : Ifa Raziah
- Artis Baharu Lelaki Popular : Sufi
- Artis Baharu Wanita Popular : Mira Filzah
- Pengacara TV Popular : Neelofa
- Penyampai Radio Popular : DJ Lin
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Fauziah Ahmad Daud

Sumber Berita Harian
Tak Sangka Neelofa Boleh Jadi Juara ABPBH29! Tak Sangka Neelofa Boleh Jadi Juara ABPBH29! Reviewed by OH Buletin on 9:30 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.