Netizen Kecam Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Di Seri Iskandar

Netizen Kecam Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Di Seri Iskandar | Akhbar online Sinar Harian hari ini melaporkan seorang wanita berusia 30an terlupa anaknya berusia dua tahun ditinggalkan dalam kereta dan terperangkap hampir sejam dalam kejadian di Taman Iskandar Perdana, kelmarin.

wanita terlupa anak dalam kereta, seri iskandar, anak dalam kereta

Justeru, pelbagai komen dan kecaman yang dikeluarkan oleh netizen di media akhbar tersebut.

[Terdahulu] Keterujaan seorang wanita bertemu ahli keluarga hampir membawa padah apabila terlupa anaknya berusia dua tahun ditinggalkan dalam kereta dan terperangkap hampir sejam dalam kejadian di Taman Iskandar Perdana, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita berusia 30an itu, hanya menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas sejam keluar dari kenderaan itu.

Difahamkan, wanita itu datang ke taman berkenaan untuk menziarahi ahli keluarganya yang tinggal di situ.

Kunci ditinggalkan dalam kereta menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu terkunci secara automatik.

Keadaan kanak-kanak itu yang menangis dan berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad, pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

“Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis dan berpeluh-peluh, selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan,” katanya.

Seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu.

Zaiful Effendi berkata, berdasarkan keterangan, ketika kejadian kanak-kanak itu mungkin sedang tidur di tempat duduk belakang menyebabkan wanita itu terlupa anaknya berada dalam kenderaan itu.

wanita terlupa anak dalam kereta, seri iskandar, anak dalam kereta

wanita terlupa anak dalam kereta, seri iskandar, anak dalam kereta

wanita terlupa anak dalam kereta, seri iskandar, anak dalam kereta


Netizen Kecam Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Di Seri Iskandar Netizen Kecam Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Di Seri Iskandar Reviewed by OH Buletin on 10:45 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.