Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar

Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar | Seorang wanita di Xiamen ditahan selepas bertindak merempuh sebuah kereta Jaguar enam kali menggunakan kereta Range Rover miliknya.

range rover, jaguar, angry ranger

Apa yang lebih menjadikan kejadian itu pelik adalah apabila orang ramai yang berada di kawasan sekitar mula bersorak supaya pemandu kereta Range Rover itu terus merempuh Jaguar tersebut.

Menurut Shanghaiist, kejadian berpunca dari perasaan tidak puas hati pemandu Range Rover itu disebabkan kes penipuan kewangan yang melibatkan pemilik Jaguar itu dan ibunya.

range rover, jaguar, angry ranger

Kemarahan wanita itu semakin membuak apabila pemilik Jaguar itu dengan sengaja meletakkan kereta dalam keadaan menghalang laluan keretanya.

Bosan menunggu pemilik kereta Jaguar itu datang, wanita tersebut mengambil keputusan untuk melepaskan perasaan marah pada kereta itu.

range rover, jaguar, angry ranger

Dengan perasaan marah, dia merempuh Jaguar itu enam kali, disemarakkan lagi dengan jeritan orang ramai yang memberi 'sokongan' kepadanya dengan berkata "Kuat Lagi". -SIAKAP KELI
Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar Reviewed by OH Buletin on 10:46 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.