Rasuah: Pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya Ditahan

Rasuah: Pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya Ditahan | Seorang pegawai kanan dari Perbadanan Putrajaya ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM13,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga dari syarikat kontraktor.

pegawai kerajaan makan rasuah, pegawa kerajaan, perbadanan putrajaya, rasuah, gambar gari, gambar rasuah

Sumber berkata, pegawai berkenaan berusia lingkungan 40an ditahan di sebuah restoran kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penangkapan  terbabit.

Beliau berkata, kes rasuah yang melibatkan perolehan perlu dicegah dan diambil perhatian sewajarnya kerana ianya boleh menyebabkan wujudnya ruang dan peluang permintaan rasuah oleh orang yang mempunyai kuasa.

“Perkara ini jika dibiarkan dikhuatiri akan memberikan tekanan kepada pihak pembekal dan kontraktor kerana mereka perlu menyediakan wang rasuah yang diminta sekiranya ingin mendapatkan sesuatu projek,” katanya.

Menurut  Norazlan , kes di siasat di bawah  Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - SINAR HARIAN

Rasuah: Pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya Ditahan Rasuah: Pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya Ditahan Reviewed by OH Buletin on 10:10 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.