Pelajar Dipukul Warden Teruskan Pengajian Seperti Biasa | Pelajar yang dipukul warden di sebuah sekolah vokasional, Ahad lalu masih meneruskan pengajian dan aktiviti harian seperti biasa.
Sumber daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan berkata, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu kini sedang menjalani pentaksiran akhir semester.
"Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah diberikan kaunseling dan khidmat nasihat agar fokus kepada pelajaran dan tidak lagi melakukan kesalahan disiplin selepas ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
[ Artikel Berkaitan : Video Rakaman Warden Pukul Pelajar Tersebar ]
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan memberitahu warden berkenaan telah dikenakan tindakan gantung perkhidmatan selama dua minggu sehingga siasatan selesai.
Ahad lalu, satu rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di Sungai Buloh tersebar dan menjadi viral di media sosial.
Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku 5.30 petang Khamis lalu di asrama kolej berkenaan. - myMETRO

Pelajar Dipukul Warden Teruskan Pengajian Seperti Biasa
Reviewed by OH Buletin
on
7:28 PM
Rating:

No comments: