Penemuan Serpihan Pesawat Sah Milik MH370?

Penemuan Serpihan Pesawat Sah Milik MH370? | Dua serpihan yang ditemukan di Afrika Selatan dan pulau Mauritius telah selesai dianalisis oleh pasukan pakar antarabangsa di Australia.

pesawat mh370,mh370, gambar bangkai mh370

Analisis terdiri daripada sekeping enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat telah mengesahkan bahawa serpihan ini hampir pasti milik kepunyaan MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah dari  pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu.

"Setelah pemeriksaan dan penilaian terperinci, Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370 (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370) telah membuat kesimpulan bahawa kedua-dua keping serpihan adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777.

"Justeru itu, pasukan itu telah mengesahkan bahawa kedua-dua keping serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues tersebut hampir pasti berasal dari MH370,"katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, pengesahan itu adalah selari dengan hasil pemeriksaan pada bulan Mac lalu di mana pasukan tersebut juga telah mengesahkan serpihan yang dijumpai di Mozambique juga berkemungkinan besar berasal dari MH370.

"Kami ingin memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosains Australia dan Boeing di atas komitmen yang tidak berbelah-bagi serta bantuan yang telah diberikan sepanjang proses pemeriksaan dan penilaian ini berjalan.

"Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Kerajaan Mozambique, Mauritius dan Afrika Selatan di atas usaha dan kerjasama yang diberikan kepada Malaysia dalam hal ini.

Kerajaan Malaysia, Australia dan China terus komited dalam usaha pencarian MH370. Sehingga kini, lebih daripada 105,000 kilometer persegi kawasan pencarian telah diliputi oleh pasukan pencarian,"katanya.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -SINAR HARIAN
Penemuan Serpihan Pesawat Sah Milik MH370? Penemuan Serpihan Pesawat Sah Milik MH370? Reviewed by OH Buletin on 12:04 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.