'Penumpang Uber, Kenapalah Kau Tak Mati?'

'Penumpang Uber, Kenapalah Kau Tak Mati?' | Demikian kata-kata seorang lelaki yang dipercayai pemandu teksi dalam Facebook group Teksi Malaysia yang dimuat naik pada 28 Mei, jam 9.25 malam.

pemandu uber, gambar kereta uber, pemandu uber dilanggar

Beberapa gambar kereta yang didakwa sebagai kereta Uber yang terlibat dalam kemalangan, di muat naik ke group itu dengan kapsyen:

Akhirnya tumpas juga. Harap-harap kerajaan tak tahulah. Kereta pun kereta biasa, siapa percaya kalau cakap kereta sapu kan? Penumpang, kenapalah kau tak mati. Kalau tak, cepat sikit kerajaan buat keputusan,

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata melemparkan kata-kata 'padan muka' terhadap pemilik kenderaan Uber itu.

Meskipun begitu, ada segelintir pemandu teksi yang mengecam kata-kata lelaki terbabit.

"Apa teruk benar perangai minta orang mati? Alahai, show some class la brother. Jijik betul driver macam kau ni. Macam ini ke taraf pemandu teksi Malaysia ini?" kata Sulaiman Ahmad.

Orang seperti inilah yang menyebabkan imej pemandu teksi yang baik, yang memberikan perkhidmatan yang menepati peraturan dan undang-undang tercalar habis.

'Penumpang Uber, Kenapalah Kau Tak Mati?' 'Penumpang Uber, Kenapalah Kau Tak Mati?' Reviewed by OH Buletin on 8:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.