'Pergh, Macam Jurassic Park!'

'Pergh, Macam Jurassic Park!' | Beberapa lelaki yang sedang bermain golf di Buffalo Creek Golf Course, Florida terkejut dengan kemunculan seekor buaya gergasi yang tidak beberapa jauh dari mereka. Charles Helms, sempat merakam video haiwan ganas itu merangkak di sekitar padang golf berkenaan.

buaya emas tembaga, buaya di taman golf, buaya di padang golf, gambar buaya

Menurut pekerja padang golf, Wendy Schofield, buaya itu sudah lama 'tinggal' di kawasan itu.

"Buaya itu tak kacau orang, dan orang pun tak pernah berani mendekatinya. Buaya itu umpama maskot bagi padang golf ini, yang mana ia juga dimiliki oleh Daerah Manatee.

buaya emas tembaga, buaya di taman golf, buaya di padang golf, gambar buaya

"Buaya yang dianggar berukuran 15 - 16 kaki panjang itu sudah lama berada di sini. Kemunculannya bukanlah sesuatu perkara yang baru.

"Ramai yang sudah tahu dan menyebarkan tentang buaya ini menyebabkan ramai juga pelanggan yang datang mahu bermain golf sambil menyaksi buaya gergasi itu. Secara tidak langsungnya, ia membawa keuntungan kepada kami," katanya kepada News 3


'Pergh, Macam Jurassic Park!' 'Pergh, Macam Jurassic Park!' Reviewed by OH Buletin on 11:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.