Pilihanraya Negeri Sarawak : 20% Keluar Telah Keluar Mengundi

Pilihanraya Negeri Sarawak : 20% Keluar Telah Keluar Mengundi | Sebanyak 20 peratus daripada pemilih berdaftar di Sarawak sudah keluar untuk mengundi bagi memilih wakil mereka pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) hari ini, setakat jam 10 pagi.

gamabr keadaan pilihan raya sarawak, pilihan raya sarawak, prn11,sarawak, PRN11 sarawak, keputusan pengundian sarawak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah berkata proses pengundian berjalan lancar pagi ini.

Antara yang sudahpun mengundi sehingga kini ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di kawasan Dun Satok di sini.

Turut mengundi di tempat yang sama ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Satok.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kemudiannya turut mengundi di tempat sama.

Selain itu, antara yang sudahpun mengundi sehingga 10 pagi ini ialah Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian (calon BN Batu Kawah), calon langsung BN Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Datuk Tiong Thai King (calon langsung BN Dun Dudong).

Datuk Janet Lau Ung Hie (calon langsung BN Dun Pelawan), Datuk Hii King Chiong (calon langsung BN Dun Pujut) dan bekas presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Antara menteri persekutuan dari Sarawak yang telahpun mengundi pagi ini ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. – BERNAMA
Pilihanraya Negeri Sarawak : 20% Keluar Telah Keluar Mengundi Pilihanraya Negeri Sarawak : 20% Keluar Telah Keluar Mengundi Reviewed by OH Buletin on 12:38 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.