"Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya" - TMJ

Polis Curi Dengar Rakaman Perbualan Telefon TMJ | Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'tidak faham' apabila mendakwa pergerakannya telah dipantau oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Tunku Ismail mendakwa unit itu turut mempunyai fail berkaitan dirinya dan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

gambar tengku mahkota johor, tmj, gambar tmj

"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh SB.

"Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman," katanya dalam status terbaru di laman Facebook Johor Souther Tigers, petang Rabu.

TMJ berkata demikian dalam satu temuramah khas menjelang perlawanan akhir Piala FA, antara JDT dan PKNS FC, malam Sabtu.

Tunku Ismail menjawab soalan terakhir wartawan iaitu: "Ada apa-apa mesej untuk penyokong atau pemain? Atau apa sahaja yang Tunku mungkin mahu tambah?"

Tambah Tunku Ismail, beliau bukannya seorang pengganas sebaliknya seorang yang prihatin terhadap rakyat.

"Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya.

"Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa tiada apa-apa yang diharapkan daripada perlawanan itu kerana menganggap melangkah ke perlawanan akhir adalah satu pencapaian.

"Jika kami menang, bagus. Jika kami tewas, cuba lagi," jawabnya ringkas.

Katanya, kedua-dua pasukan tidak mempunyai perbezaan walaupun JDT dikatakan mempunyai kelebihan dari segi jumlah penyokong.

Beliau memberi contoh PKNS yang menewaskan Perak dengan kehadiran penyokong yang sedikit manakala JDT menewaskan South China di Hong Kong, juga dengan sokongan penyokong yang lebih rendah.
"Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya" - TMJ "Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya" - TMJ Reviewed by OH Buletin on 12:25 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.