PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Dijalan Serentak Dalam Bulan Ramadhan

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Dijalan Serentak Dalam Bulan Ramadhan | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak.

pilihanraya kecil, prk sungai besar,prk kuala kangsar, ahli parlimen kuala kangsar, prk, pilihan raya

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas mesyuarat khas berlangsung hari ini berkata, penamaan calon bagi kedua pilihanraya diadakan pada 5 Jun.

Beliau menambah, hari pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 18 Jun.‎

Difahamkan, Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

“SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

“Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar,” katanya menerusi sidang media di Menara SPR, di sini, hari ini.

Pilihan raya kali ini adalah yang kedua diadakan dalam bulan Ramadan di mana pilihan raya pertama berlangsung di Kuala Besut, Terengganu pada 2013. - SINAR HARIAN
PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Dijalan Serentak Dalam Bulan Ramadhan PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Dijalan Serentak Dalam Bulan Ramadhan Reviewed by OH Buletin on 3:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.