PU Rahmat Bagi Surat "Cinta" Untuk Mira Filzah?

PU Rahmat Bagi Surat "Cinta" Untuk Mira Filzah? | Beberapa hari lepas, bekas peserta sebuah program realiti berunsur dakwah, Pencetus Ummah (PU) musim kedua iaitu PU Rahmat telah menulis surat menerusi laman sosial Facebooknya dan ditujukan istimewa kepada pelakon wanita yang kini sedang meningkat naik namanya, Mira Filzah.

mira filzah pu rahmat, mira filzah, pu rahmat, gambar mira filzah

Kandungan surat tersebut antaranya adalah ucapan tahniah Rahmat untuk pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu yang baru-baru ini memenangi gelaran Pelakon Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29).

Selain itu, Rahmat atau nama sebenarnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 23, turut berkongsi pengalaman manis beliau ketika menyertai misi ke kem pelarian mangsa perang Syria.

Surat istimewa tersebut mendapat banyak reaksi dan komen positif pengikut-pengikut laman sosialnya. Setakat ini, surat tersebut telah mendapat 10,000 ‘like’ dan 2.4K ‘share’.

Apa yang mencuri tumpuan dan menjadi bualan hangat ramai adalah kerana kandungan surat tersebut yang menarik untuk dibaca seolah Rahmat cuba ‘mengayat’ Mira.

mira filzah pu rahmat, mira filzah, pu rahmat, gambar mira filzah

PU Rahmat Bagi Surat "Cinta" Untuk Mira Filzah? PU Rahmat Bagi Surat "Cinta" Untuk Mira Filzah? Reviewed by OH Buletin on 10:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.