Inilah Punca Lelaki Yang Disumbat Dalam But BMW Dibunuh

Inilah Punca Lelaki Yang Disumbat Dalam But BMW Dibunuh | Mayat lelaki yang ditemui disumbat di dalam but sebuah kereta BMW di lombong Tasik Puchong, Taman Maju Jaya kelmarin disyaki menjadi mangsa pembunuhan akibat dendam.

G. Saravanan, lelaki dalam but bmw, identiti G. Saravanan

Mangsa ialah G. Saravanan, 29, yang berasal dari Jalan Desa Utama, Taman Deas, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai eksekutif pengedaran.

Sebelum ditemui mati, isterinya membuat laporan polis di Brickfields mengenai kehilangannya pada pukul 5.30 petang 2 Mei lalu.

[ Artikel Berkaitan : Identiti Mayat Lelaki Dalam But BMW Dikenalpasti ]

Mengikut maklumat, Saravanan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan mempunyai dua orang anak berusia lima dan tiga tahun.

Abang mangsa, G. Sasikumar memberitahu, mereka sekeluarga terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan adiknya dijumpai mati dalam kereta di sebuah lombong.

“Kami terima panggilan itu pada pukul 4 petang semalam (kelmarin) dan polis mengarahkan kami datang membuat pengecaman mayat,” kata Sasikumar ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Serdang dekat sini semalam. -KOSMO ONLINE
Inilah Punca Lelaki Yang Disumbat Dalam But BMW Dibunuh Inilah Punca Lelaki Yang Disumbat Dalam But BMW Dibunuh Reviewed by OH Buletin on 9:09 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.