Punca Sebenar Kedah FA Tolak Tajaan RM30 Juta Pemilik D'Herbs

Punca Sebenar Kedah FA Tolak Tajaan RM30 Juta Pemilik D'Herbs | Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.

kedah tolak d herbs, punca helang merah tolak aliff syukri, datok aliff syukri

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.

"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan.

"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.

"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya. -BULETIN MEDIA

kedah tolak d herbs, punca helang merah tolak aliff syukri, datok aliff syukri

Punca Sebenar Kedah FA Tolak Tajaan RM30 Juta Pemilik D'Herbs Punca Sebenar Kedah FA Tolak Tajaan RM30 Juta Pemilik D'Herbs Reviewed by OH Buletin on 9:19 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.