'Santau Cinta Untuk Ayah'

'Santau Cinta Untuk Ayah' | Tergerak hati saya untuk cerita betapa bahayanya cinta yang bukan berlandaskan agama. Cerita ini cerita benar. Terjadi pada keluarga saya sendiri, terjadi pada mak dan ayah saya sendiri.

santau, ilmu santau, gambar pelik, gamabr aneh, gambar santau

Ayah saya, zaman mudanya memang kacak orangnya. Senyumannya manis dan kata-katanya selalu lembut. 25 tahun yang lalu, ayah akhirnya pilih mak untuk dijadikan isteri. Alhamdulillah, ayah dan mak dikurniakan tujuh orang anak.

Tapi apa yang peliknya, rumah tangga mak dengan ayah tak pernah tenteram. Ada saja yang tak kena pada emak di mata ayah. Tapi ayah hanya menengking emak. Angkat tangan atau kaki tidak sekali. Alhamdulillah.

Tapi, kata-kata kan lebih tajam dari pedang. Hati mak selalu sakit sebab kata-kata ayah. Sampai satu masa, kami adik beradik jadi benci ayah. Kami hasut mak supaya minta cerai dari ayah (Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah) tapi mak kuat, mak cakap, berdosa besar isteri minta cerai. Bergegar arasy Allah. Jadi mak terus menjadi isteri yang penyabar.

Nak dijadikan cerita, saya berkenalan dengan seorang kawan berasal dari Pantai Timur (perempuan, saya pun perempuan). Baik orangnya, baik agamanya. Kami jadi kawan baik dan suatu hari, saya ajak kawan saya, saya namakan Fatin untuk balik rumah saya sempena cuti semestar. Fatin jumpa mak dan ayah saya, serta ahli keluarga saya tapi saya hairan, kenapa Fatin tak banyak cakap macam biasa. Sepanjang dia di rumah saya, saya perasan dia banyak buat solat sunat(biasa pun dia buat juga) dan dia banyak baca surah Al-Jin dan ayat Qursi.

Bila saya tanya dia senyum sampai la bila kami balik ke universiti kami. Barulah Fatin buka mulut bagitau yang mak dengan ayah saya ada orang santau. Mula-mula saya tak percaya, lagi-lagi bila Fatin cakap, jin tu dah beranak-bercucu di badan ayah saya. Sampai la satu hari, ayah saya muntah darah. Dua minggu ayah dalam hospital. Macam-macam test doktor buat tapi ayah disahkan sihat sedangkan ayah semakin hari semakin pucat.

Saya mula yakin, Fatin tak berbohong. Rupanya, Fatin dianugerahkan Allah satu ilmu untuk mengubat. Masa mula-mula Fatin ubatkan ayah, ayah muntah darah lagi, tapi kali ni, saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang darah tu bercampur dengan habuk-habuk kaca. Kali kedua berubat, ayah muntah darah bersama jarum. Allah, berderau darah saya. Fatin kata, biasalah orang menyantau. Satu hari, Fatin cakap dia nak berdialog dengan jin tu. Saya seram tapi Fatin kata tak apa. Sebab nak tahu punca santau.

Rupanya, masa ayah muda, ada sorang perempuan sukakan ayah tapi dia tak bagitahu. Bila ayah kawin dengan mak, dia sakit hati dan dia santaukan ayah. Dia nak ayah mati. Katanya, biar sama-sama tak dapat ayah. Tapi hairan jugak, kenapa ayah dah berusia baru santau tu nak menjadi? Bila ditanya jin tu, dia cakap sebab masa ayah zaman muda, ayah banyak berzikir, baca Al-Quran dan buat solat-solat sunat. Cuma bila diri ayah makin dimamah usia, ayah dah tak selarat dulu untuk buat banyak amalan sunat. Sebab tu dia baru dapat serang ayah.

Sekarang, ayah makin sihat cuma rawatan masih perlu diteruskan sebab 'benda'nya banyak. Fatin pun tak pernah merungut dalam membantu. Alhamdulillah. Allah perkenankan Fatin untuk jadi pertalian untuk menyembuhkan ayah.

Tapi saya cuma nak ingatkan. Tak kira berapa usia kita, siapa kita, jangan pernah lepaskan tali Allah dan satu lagi peringatan, jaga ikhtilat, jaga hati sebab kita kadang-kadang tak tahu, dalam gurauan kita dengan kawan-kawan mungkin ada yang terjatuh hati tanpa kita sedar.

'Santau Cinta Untuk Ayah' 'Santau Cinta Untuk Ayah' Reviewed by OH Buletin on 9:25 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.