'Saya Bergurau Saja Suruh Guru Latih Tepuk Tangan' - MB Terengganu

Saya ‘Bergurau Saja’ Suruh Guru Latih Tepuk Tangan, Kata MB Terengganu | Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di Internet hanyalah “satu gurauan”, kata menteri besar Terengganu.

Ahmad Razif Abdul Rahman, Ahmad Razif Abdul Rahman arah guru tepuk tangan, whatsapp Ahmad Razif Abdul Rahman suruh guru tepuk tangan

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.

Ahmad Razif Abdul Rahman, Ahmad Razif Abdul Rahman arah guru tepuk tangan, whatsapp Ahmad Razif Abdul Rahman suruh guru tepuk tangan

“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial dakwaan guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.


Coretan-coretan itu turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar bahawa latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam.

'Saya Bergurau Saja Suruh Guru Latih Tepuk Tangan' - MB Terengganu 'Saya Bergurau Saja Suruh Guru Latih Tepuk Tangan' - MB Terengganu Reviewed by OH Buletin on 6:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.