'Saya Bukan Marah Dia, Kami Pun Dah Ok' - Tauke Jambu

'Saya Bukan Marah Dia, Kami Pun Dah Ok' - Tauke Jambu | Umum tahu kes pelawak, Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria 'serang' netizen di Twitter semalam. Bagaimanapun Tauke tampil memberikan penjelasan.

tauke jambu, gambar tauke, whatsapp tauke jambu, gambar whatsapp

Dari screenshot perbualan Tauke bersama rakannya, beliau menjelaskan bahawa itu semua salah faham sahaja.

"Nampak macam kasar bila saya tanya ada masalah ke? Seperkara lagi, saya bukan marah dia (@okedkama) pun dan kami sudah okay dan dia sudah menghubungi saya melalui SMS.

[ Artikel Berkaitan : Berang Ditegur, Tauke Jambu 'Serang' Pendengar Era FM ]

"Saya bukan sombong, ramai yang ingat saya sombong dan bongkak sebab mereka belum jumpa saya sendiri lagi. Yang mana pernah berjumpa dengan saya, tahulah saya macam mana orangnya," katanya.

Jelas Tauke lagi, mangsa prank itu adalah rakan Smule beliau.

tauke jambu, gambar tauke, whatsapp tauke jambu, gambar whatsapp

"Suara dia power gila. Sebagai kawan, saya tolong promo agar orang boleh tengok Smule dia dan mendengar suara dia," jelasnya sambil menyertakan salinan WhatsAppnya dengan Zalmalmsteen sebagai bukti.

Bagaimanapun, beliau kecewa dan terkilan bila ada netizen yang memberi teguran dengan cara keterlaluan.

"Apa yang anda rasa kalau ada yang cakap anda bangsa, beruk, bodoh? F**k **f dan lain-lain itu satu teguran yang membina? Salah ke saya (cuba) memperbetulkan? Fikirkanlah sendiri, saya tegur secara komen saja," katanya. - PIXEL MEDIA

'Saya Bukan Marah Dia, Kami Pun Dah Ok' - Tauke Jambu 'Saya Bukan Marah Dia, Kami Pun Dah Ok' - Tauke Jambu Reviewed by OH Buletin on 3:24 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.