'Saya Tak Nak Ulang Balik Cycle 'msg, call, jumpa, bercinta''

'Saya Tak Nak Ulang Balik Cycle 'msg, call, jumpa, bercinta'' | Tahun lepas saya mula kenal beberapa orang lelaki (prospek jodoh) lepas 4 tahun saya dormant lepas putus tunang. Nak kata patah hati lama macam tu sekali tak juga. Tapi sebab saya dah tak reti cara 'yang betul' nak kenal orang.

gambar gadis, gadis, gambar kekasih

Kalau saya yang dulu, cara saya 'kenal orang' standard orang zaman sekarang ni la. Mula2 msg, good morning n good night setiap hari, dating, tukar2 hadiah, naik kereta berdua, bincang masa depan, jumpa family, tunang… lagi 3 bulan nak melangkah ke situ, kaki saya tersadung. Hubungan kami berakhir dengan baik, malah kami masih sempat jumpa dan bincang macam mana nak sampaikan hal kami ni pada keluarga masing-masing. Putus cara baik pun, sakit tu tetap ada. Saya dah bina harapan setinggi langit, lagi dia first love saya, tipu kalau kata tak kecewa.

Lepas putus tunang, hikmahnya saya mula belajar kenal diri. Belajar kenal apa tujuan saya diwujudkan di muka bumi ni. Dan saya nekad just nak bercinta lepas nikah. Tapi dalam situasi saya, saya tak tahu caranya. Bercinta lepas nikah pun tak kan tak kena kenal dulu. Tapi nak kenal tu macam mana?

Harapkan parents, kalau pun diorang ada calon (banyak sangat sebenarnya) dorang expect saya kenal sendiri. Ada kwn nak kenalkan pun sama, diorang suruh saya pandai2 la kenal sendiri. Ada yang minta nombor telefon masa jumpa kat kem (dia minta pada kawan saya) dan walaupun saya pun tertarik pada dia juga sepanjang kem tu, tapi sebab saya tak nak ulang balik cycle 'msg, call, jumpa, bercinta' tu, akhirnya saya tetap tak bagi hingga habis kem. Tapi tak dinafi masa tu hati saya mmg sgt berbelah bahagi antara keinginan hati dan conscience dlm diri.

Balik pada cerita tahun lepas, lepas saya dah dipaksa kenal (haha, bukan kena paksa tapi lebih pada kena psiko. Abah bukan autokratik) dengan calon abah yang saya tak berkenan, akhirnya saya nekad masuk satu site cari jodoh. Sesuatu yang luar alam bagi saya yang sebelum ni kawan nak kenalkan pun tak nak, tiba2 nak kenal org yg totally stranger.

Dan kali ini lagi prinsip saya benar2 diuji. Mula2 saya cuba bertahan, msg hanya utk kenal diri masing2 serba sikit, untuk tahu prinsip dan tujuan hidup, no sweet talking, no need tanya dah makan belum or wish good night semua tu… Tapi akhirnya sy hanyut juga.

Cut it short, tahun lepas saya kenal dengan ramai lelaki, 2 org hampir nak jumpa tapi tak jumpa sebab diorang tak nak saya bawa kawan, so saya terus call it off. Lima orang saya jumpa face to face, seorang drpdnya dah datang ke rumah kenal parent saya. Kesudahannya? Masuk tahun ni sy masih macam saya 4 tahun yg lalu. Single. Haha.

Daripada ramai2 ni, saya serius dengan 2 orang lelaki ni, M dan Z (bukan masa yang sama). Dalam tempoh berkenalan, saya memang berterus terang yang saya sedang kenal dgn org lain juga. Tapi bila sy dah mula serius dengan seseorang, saya tak lagi layan yg lain.

Dengan M (yang dah datang ke rumah) pada mulanya saya cuba tarik dia supaya menari dengan rentak saya, tapi akhirnya saya yang menari dengan rentak dia. Walau pada mulanya saya cuba limit, tapi akhirnya terbabas juga msg tak kira masa, call sampai ke pagi, banyak kali sampai tak tidur malam. Jumpa 3 kali walau saya bawa kawan pun, tapi berlarutan dari ptg bawa ke malam yg pada saya sebenarnya tak perlu pun. Banyak cerita benda lagha je. M quit sweet talker dan pandai berborak.

Lain pula dengan Z, dia pun jenis menjaga macam saya. Menjaga pun, pernah juga terlajak msg sampai 3 pagi, tapi lepas tu kami sama2 decide utk msg hal yg betul2 penting aja. Jumpa sekali je, tu pun just pas barang. Takde keluar minum ke apa.
Yang saya nak cerita, moga ada pengajarannya untuk yang lain, walaupun hubungan saya tak jadi dengan M dan Z, walau dengan kedua-duanya saya dah membina harapan, tapi kesan yang berbeza ada di hati saya. Dengan kedua2nya saya putus cara baik. Masih boleh msg sampai sekarang, cuma saya rasa tak perlu je. Kalau nak cerita sebab tak jadi, boleh jadi novel nanti.

Dengan M, saya betul2 heartbroken, sesuatu yg saya perlu hadapi semula lepas 4 tahun lepas. Dengan Z, heartbroken tu kurang. Jangan kait dengan perasaan sebab dengan mana2 pun saya cuba tahan perasaan. Tapi dua2 saya gagal. Perasaan sesuatu yang di luar kawalan kan. Tapi tindakan tu kita boleh kawal. Dan saya gagal kawal tindakan saya masa dengan M.
Jadi saya anggap, sakit yang saya rasa dengan M dulu memang kafarah atas keterlanjuran saya langgar banyak sangat ikhtilat masa kenal dia dulu walau cuma 3 bulan. Bila fikir macam tu, saya jadi lebih redha sebab bagi saya, sakit tu tanda Allah sayang saya. Sakit itu jauh lebih ringan daripada Allah balas di akhirat, atau Allah uji rumah tangga saya nanti.
Jujur je sepanjang kenal M, solat saya sering dibayangi suara dan msg2 sy dengn dia. Pergantungan saya ketika itu bagai telah berubah. Kadang kala saya merintih dalam doa padaNya, betapa lemahnya saya dengan ujian ni.

Apa yang saya sering mohon dulu (jodoh) rupanya hanya menjauhkan saya daripadNya. Dan 2 rasa yang bertentangan tak boleh berada dalam masa yang sama. Rasa suka dan rasa bersalah. Tu salah satu sebab kami putus.

Kepada readers, jangan minta saya masuk usrah untuk apply baitul muslim. Salah seorang lelaki yang saya kenal tahun lepas adalah keluarga kuat sebuah persatuan usrah. Sekolah agama sejak dari kecil, join usrah sampai ke UK sana. Tapi dia juga lah yg mempertikaikan bila saya bagi syarat nak jumpa mesti bawa kawan. Dia juga yg pernah cakap, saya tak akan kahwin sampai bila2. Sebab dia kata kat Malaysia ni lelaki yg cukup solat 5 waktu je dah sangat2 rare, lagi nak cari lelaki yang boleh comply dengan syarat2 saya yang rigid tu.

Takpelah tak kahwin pun. Bak kata lagu In Team..
Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya hakikat
Hanya Dia yang Esa.
'Saya Tak Nak Ulang Balik Cycle 'msg, call, jumpa, bercinta'' 'Saya Tak Nak Ulang Balik Cycle 'msg, call, jumpa, bercinta'' Reviewed by OH Buletin on 12:20 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.