'Sebaik-baik Pakaian Adalah Pakaian Taqwa'

'Sebaik-baik Pakaian Adalah Pakaian Taqwa' | Assalamualaikum. Sy seorang lelaki. Kebelakangan ni sy baca banyak kes2 cabul dlm page ni. Hakikatnya memang banyak lelaki muslim yg jadi perosak tinggal dlm malaysia ni ataupun dalam negara2 Islam kat dunia. Sebab kita baca banyak kes cabul/rogol ni dtg drpd negara2 islam kan? Contohnya malaysia, pakistan, iraq, indonesia etc etc.

prayer, lelaki berdoa, gambar lelaki berdoa, gambar sujud

Tapi sy rasa bukanlah tak wujud dlm negara2 yg bukan majoriti Islam. Cumanya mungkin disana mengamalkan sex bebas, so perkara mcm ni kurang dilaporkan di sana. Kurang ada dalam dada2 akhbar. Yg selalu ada dalam akhbar pun mungkin kes2 berkaitan paedophile. (Ni sangkaan sy..mgkin benar mungkin tidak sbb sy tak pernah duduk negara yg bukan majoriti muslim..sy buat sangkaan ni berdasarkan bacaan semata)

Berbalik pada malaysia, banyak lelaki perosak dalam negara kita ni. Contoh paling mudah dapat dilihat dekat page Amran Fans tu. Page tu menunjukkan betapa rendahnya moral dan akhlak lelaki kat malaysia ni. Wanita dijadikan bahan jenaka dan hinaan. Bukan sebab kes cangkul yg baru2 ni je. Dari dulu lagi page tu menghina kaum wanita. Toto narita la, a**m kep**g la, bahasa makian dan sbgnya. Yg komen pun ramai drpd kaum lelaki bani melayu yg beragama islam. See, dpt lihat tak betapa bejatnya akhlak lelaki melayu islam kita skrg ni. Yet bila ada kes2 cabul/rogol mcm ni, golongan2 mereka lah yg selalu menyalahkan kaum wanita. Katanya tak menutup aurat, katanya kaum wanita pakaiannya ketat. Tapi dalam kehidupan, mereka suka mengamalkan bacaan berunsur lucah, melihat bahan berunsur berahi. Memang betul kaum wanita pakainnya harus longgar dan labuh, tapi lelaki juga harus tundukkan pandangan. Dua2 harus mainkan peranan. Janganlah gender bias

Cuma satu sy nak nasihat kepada kaum2 wanita, walaupun ramai drpd kamu yg semakin fobia dgn lelaki melayu ni, janganlah kamu anggap semua lelaki melayu ni teruk2. Mungkin 1000 org lelaki yg kamu lihat dlm dunia maya ni teruk, tapi ada 1000 org lagi yg baik akhlaknya di luar sana. Mereka ni golongan yg silent reader, yg x suka komen2 dlm fb, ataupun yg xde fb.
Dan wanita2 yg ada masa silam yg sangat pahit seperti dicabul masa kecil oleh bilal masjid, dirogol oleh ustaz2, janganlah korg jauh drpd Islam. Mereka tu cuma penunggang agama je. Berpakaian jubah dan kopiah, berselempang di badan bukan menjamin keperibadian mulia. Kan Allah dah berfirman "Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa". Janganlah korang menyalahkan Allah sebab beri takdir sebegini pada kamu. Sesekali jangan menuding jari pada Allah.

Terbaru ni ada kes melayu murtad yg berlegar dalam ruangan fb ni. Bila sy selidik punca kenapa dia murtad, sy boleh rumuskan yg dia ada kenangan silam yg pahit, dicabul oleh ustaz yg ajar mengaji, keluarga dia agak porak peranda..ayah hisap dadah, ibunya pula selalu gelar dia anak haram. Persekitaran dia dikelilingi oleh lelaki islam yg sering berkata perkataan lucah. So last sekali dia jadi tawar hati kepada agama islam. Dia menyalahkan Allah sebab tak mampu buat apa2 bila masa dia kene cabul tu. Astaghfirullah hal azim.

Korang kene tahu lah yg memang kita hidup didunia ni utk diuji. Dan memang dunia ini tidak adil langsung. Ada org dilahirkan kaya dan hidup dia senang lenang sampai ke tua. Lahir-lahir sudah ada rumah mewah. Ada org dilahirkan miskin kedana, hidupnya kais pg makan pagi, kais petang makan petang. Memang dunia ini tidak adil LANGSUNG.
Sebab tu Allah jadikan adanya Syurga dan Neraka. Itulah kehidupan yg hakiki. Yg menilai manusia bukan drpd harta mereka didunia, bukan pada kesenangan didunia. Tapi menilai manusia daripada nilai ketaqwaan.

Ada orang hidupnya senang, gembira, tiada masalah sebab jarang diuji. Sebaliknya ada orang hidupnya penuh berliku, diuji, diuji, dan terus diuji. Jika sering diuji bukanlah bermakna Allah menyampah dgn anda, dan jika tidak diuji bukanlah bermakna Allah redha dgn anda. Ulama salaf menyebut, "jika tidak kerana diuji, nescaya kita hidup di akhirat dalam keadaan muflis".

Panjang bicara orang tak suka, akhir sekali sy doakan saudari2 yg diuji dgn ujian yg berat, sy doakan anda kuat menghadapi kehidupan dunia yg tidak adil ini. Allah bersama orang yg zalim. Semoga disebalik ujian ada kesenangan abadi yang menanti. Semoga anda dikurniakan syurga nanti. Dan buat lelaki durjana yg suka ambil kesempatan dan suka bicara lucah dlm fb, ingatlah anda juga telah menghina agama anda. Anda lah yg menyebabkan orang bukan beragama islam memandang serong agama islam. Bukankah itu bermakna anda telah menghina islam juga secara tak langsung? Belum lg cerita alam perkahwinan yg mana ramai suami tidak jalankan tanggungjawab, nafkah isteri&anak terabai etc etc. Moga Allah kurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua. - OHBULETIN
'Sebaik-baik Pakaian Adalah Pakaian Taqwa' 'Sebaik-baik Pakaian Adalah Pakaian Taqwa' Reviewed by OH Buletin on 6:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.