'Sebelum aku start solat dulu, aku rasa aku tetap boleh berjaya dapat straight A'

'Sebelum aku start solat dulu, aku rasa aku tetap boleh berjaya dapat straight A' | Sem lepas, aku mengalami kesempitan wang. Ya, mungkin ramai yang hadapi benda ni. Nasib aku kurang baik sebab aku bukanlah penerima mana2 biasiswa jadi hidup aku kt universiti 100% bergantung pada duit pinjaman.

gambar wanita, wanita solat, gambar

Ayah aku tak pernah bagi wang poket walaupun gaji dia lebih dari cukup. Mak aku je yg kadang2 bagi duit. Lately aku makin rasa kesempitan duit ni sejak ada gst. Jujur aku cakap. Jadinya masa cuti sem aku makin stress sebab duit takde untuk start sem baru. Bila jadi stress macam tu, aku mula la tak solat. Fyi, family aku bukan background yg solat lima waktu. Aku belajar solat pun masa kat asrama weh start Form 1.

Kau tahu la kan, org duk cakap solat ni penting. Pada aku sebelum ni, aku tak rasa apa tu solat. Sebelum aku start solat dulu, aku rasa aku tetap blh berjaya dpt straight a upsr n pmr yelah walaupun setakat upsr tapi tu kira kejayaan bagi aku. Sampai la lebih daripada setengah sem ni, aku tak solat. Aku sedar sem ni aku merosot. Group assignment jadi huru-hara, markah test utk most subjek aku tercorot dalam kelas. Duit sem ni tak pernah cukup walaupun duit loan ada masuk awal sem haritu sekejap je duit lesap. Sebelum2 ni, tak pernah jadi macam ni. Result aku alhamdulillah maintain 3.0++ utk sem lepas2. Tapi tak rasa aku mampu untuk kekal dgn result tu sem ni berdasarkan carry mark aku skrg. Aku rasa kosong, serabut tertekan.

Aku reflect balik. Aku fikir balik. Apa sebab jadi benda ni. Aku teringat yang aku tak pernah solat pun sem ni. Aku nangis. Aku sedar mungkin ni la balasan kalau tak solat. Ni baru kt dunia. Kat akhirat nanti?

Aku pun cepat2 mandi wajid (baru habis period) n aku solat. Alhamdulillah aku jadi tenang. Semua benda yang aku buat jadi makin baik. Bila aku susah sikit, aku mula jadi redha. Aku berserah kat Allah.

Alhamdulillah sejak tu setiap kali aku ada masalah, Allah akan bagi jalan penyelesaian kat aku. Tujuan aku nak cerita kat sini sebab nak tunjuk the power of solat. Mungkin korg tak dapat bayangkan cerita aku, korg rasa benda ni biasa2. Tapi aku percaya pada sapa yang pernah lalui perasaan n benda ni macam yg aku lalui, korg dapat rasa macam ada miracles weh. Tapi tu la nikmat Allah. Aku lalai sebelum ni :( tak sedar yang Allah sayang aku.

Pesanan aku, jangan la tinggal solat. Please2.
'Sebelum aku start solat dulu, aku rasa aku tetap boleh berjaya dapat straight A' 'Sebelum aku start solat dulu, aku rasa aku tetap boleh berjaya dapat straight A' Reviewed by OH Buletin on 6:37 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.