Sedih - Bayi Berumur 16 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi

Bayi Berumur 16 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi | Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan ditemui mati lemas dalam baldi di dapur rumahnya di Kampung Bukit Gombang, Batu Kikir, dekat sini, malam tadi.

gambar bayi 16 bulan mati lemas, bayi 16 bulan, artikel terkait

Mangsa, Muhammad Fahil Finaz Nor Azuan ditemui ibunya jam 10.40 malam selepas mendapati mangsa tiada di dalam bilik bersama bapa dan kakaknya berusia tiga tahun.

Bapa mangsa, Nor Azuan Azali, 33, berkata, isteri menyangka anaknya itu berada bersamanya di bilik tetapi hairan kerana tidak mendengar suara anak lelakinya itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan kepala dan separuh badannya dalam baldi berisi air di bawah sinki.

"Saya dan isteri cuba memberikan bantuan pernafasan namun gagal, lalu membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak bongsu saya itu meninggal dunia dan mayatnya diserahkan ke Unit Forensik untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di HTAN di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -myMETRO
Sedih - Bayi Berumur 16 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi Sedih - Bayi Berumur 16 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi Reviewed by OH Buletin on 12:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.