Kejadian Helikopter Hilang : Inilah Gambar Mereka Yang Terlibat

Kejadian Helikopter Hilang : Inilah Gambar Mereka Yang Terlibat | Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan kecemasan.

helikopter hilang sarawak, helikopter terhempas, kes helikopter hilang betong, gambar helikopter hilang

"Buat masa ini ia (helikopter) diklasifikasikan hilang kerana masih tidak dapat dikesan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat pastinya tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai helikopter itu melakukan pendaratan kecemasan," katanya.

Hisham berkata helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

helikopter hilang sarawak, helikopter terhempas, kes helikopter hilang betong, gambar helikopter hilang

Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara Betong, Samarahan dan Sri Aman.

[Artikel Berkaitan : Helikopter Bawak VIP Ke Kuching Hilang? ]

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Menurut mStar Online melaporkan senarai mereka yang hilang adalah :

1. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon
2. Suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah
3. Ahli Parlimen Kuala Kangsar & Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad
4. Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai,
5. Pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun
5. Juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Kejadian Helikopter Hilang : Inilah Gambar Mereka Yang Terlibat Kejadian Helikopter Hilang : Inilah Gambar Mereka Yang Terlibat Reviewed by OH Buletin on 11:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.