Shahrul Dijatuhkan Hukuman Penjara 4 Bulan & Denda RM1,000

Shahrul Dijatuhkan Hukuman Penjara 4 Bulan & Denda RM1,000 | Shahrul Anuar Abdul Aziz akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 4 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencuri telefon pintar Lenovo bernilai RM800 di Plaza Low Yat, tahun lalu.

tlefon bimbit, curi telefon, gaduh di lowyat, shahrol

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan Shahrul menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi. Tetapi denda RM1,000 perlu dibayar serta merta.

Terdahulu dalam rayuannya, Shaharudin Ali memaklumkan kepada mahkamah bahawa ketika tertuduh melakukan kesalahan itu, Shahrul mempunyai masalah telefon bimbitnya dicuri pada 11 Julai 2015.

"Walaupun Shahrul telah melakukan kesalahan, namun dia tidak mencederakan sesiapa. Ia bukan satu kesalahan yang serius dan kos telefon pintar itu hanya RM800 sahaja," katanya.

Shaharudin berkata, mahkamah boleh mengenakan suatu perintah untuk Shahrul membayar balik RM800 untuk telefon itu.

"Beliau kini berusia 23 tahun dan kami berharap mahkamah boleh memberikan dia peluang untuk kembali dalam masyarakat. Shahrul sekarang mendaftar dalam kursus teknikal di Akademi Binaan,"

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne berkata, kecurian bukan satu kesalahan kecil.

"Akibat perbuatan tertuduh mencuri telefon pintar itu, ia telah menyebabkan pergaduhan kaum di sekitar Low Yat. Ini juga bukan kesalahan pertama tertuduh kerana tertuduh sebelum ini pernah didenda kerana penyalahgunaan dadah," katanya.

Shahrul didakwa pada 14 Julai lalu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri telefon pintar di Plaza Low Yat. - PIXEL MEDIA
Shahrul Dijatuhkan Hukuman Penjara 4 Bulan & Denda RM1,000 Shahrul Dijatuhkan Hukuman Penjara 4 Bulan & Denda RM1,000 Reviewed by OH Buletin on 8:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.