Status Facebook Terakhir Penumpang VIP Helikopter Terhempas di Sarawak

Status Facebook Terakhir Penumpang VIP Helikopter Terhempas di Sarawak | Timbalan Menteri, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dilaporkan hilang ketika menaiki sebuah helikopter sempat memuat naik status di Facebooknya yang memohon agar mendoakannya selamat mendarat di Betong, Sarawak.

helikopter hilang, gambar helikopter hilang, status noriah, status ahli parlimen sungai besar

Ahli Parlimen Sungai Besar yang menggunakan akaun identiti 'Nur Nin' memuat status itu di Kuching pada kira-kira jam 11 tengahari tadi.

[ Artikel Berkaitan : Sah Helikopter Ke Sarawak Terhempas, Serpihan Telah Dijumpai ]

Antara komen balas yang diterima pada status itu dikirim pemilik akaun Intan Asmari yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Komen lain pada status itu, dikirim oleh Julak Bar.

"Semoga ALLAH beri keselamatan atas rahmat-NYA. Semoga diredai segala urusan, Amin.

Sementara itu, Noriah dalam komennya pada status itu membalas: "Amin, terima kasih semua," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kediaman Noriah di Sungai Besar mendapati suasana kediamannya lengang hanya terdapat ahli keluarga terdekat.‎

Dalam perkembangan terkini, pihak operasi SAR dilaporkan telah menjumpai serpihan bangkai pesawat dan masih lagi dalam operasi mencari badan utama pesawat.
Status Facebook Terakhir Penumpang VIP Helikopter Terhempas di Sarawak Status Facebook Terakhir Penumpang VIP Helikopter Terhempas di Sarawak Reviewed by OH Buletin on 12:13 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Semoga tabah dan takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.