Suami Kejam Bakar Isteri Hidup-hidup Dihukum Mati

Suami Kejam Bakar Isteri Hidup-hidup Dihukum Mati  | Seorang bekas ceti haram atau Ah Long dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membakar dan membunuh isteri­nya dengan menggunakan minyak petrol di kediaman me­reka dekat sini tiga tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang muna­sabah terhadap pendakwaan kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, Chiam Nguang Huat, 42, didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, 36, di kediaman mereka di Taman Bayu Mutiara, Seberang Perai Tengah dekat sini pada pukul 4 petang, 24 Jun 2013.

Dalam penghakimannya, Nordin berkata, terdapat percanggahan keterangan yang diberikan tertuduh berbanding dengan dua anak lelakinya serta nenek mereka. - KOSMO ONLINE
Suami Kejam Bakar Isteri Hidup-hidup Dihukum Mati Suami Kejam Bakar Isteri Hidup-hidup Dihukum Mati Reviewed by OH Buletin on 2:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.